Monday, March 28, 2011

Info Tentang Keputusan SPM 2010

TIPS SKEMA SOALAN UPSR / PMR / SPM

Keputusan SPM telah diumumkan pada 24 Mac 2011 yang lalu. Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Pelajaran hari ini menyatakan seramai 9,239 pelajar telah berjaya mendapat keputusan gred cemerlang semua A dalam setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Keputusan peperiksaan SPM 2010 tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 1,252 orang calon berbanding 7,987 pelajar pada tahun 2009. Selain itu .. keputusan ini juga dilihat sebagai keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan tahniah kepada Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang munncul sebagai sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) mencatatkan peningkatan terbaik bagi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu sebanyak 0.89 berbanding tahun sebelumnya iaitu 0.97

Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran. Selain itu juga, pada tahun ini juga 16 pelajarnya mendapat semua A+ berbanding hanya dua calon sahaja pada tahun 2009.

Bagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula, seramai 1,249 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Jumlah itu merangkumi 18.28 peratus daripada keseluruhan 6,833 calon dari 38 MRSM yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2010.

MRSM Pengkalan Chepa diumum sebagai MRSM terbaik dengan mencapai Gred Purata Maktab (GPM) 0.83. Enam MRSM lain turut mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat GPM di bawah 1.75 iaitu MRSM Tun Ghafar Baba (0.91), MRSM Taiping (0.97), MRSM Langkawi (1.33), MRSM Kuala Kubu Baharu (1.68), MRSM Kubang Pasu (1.73) dan MRSM Kuala Berang (1.73).

Bagi adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR/ PMR/ SPM tahun 2011, jadikan ini sebagai dorongan untuk anda berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai kepatusan yang lebih cemerlang.

Sumber Rujukan: MRSM dan Sekolah Menengah terbaik peringkat kebangsaan SPM 2010
anastasyea.com

0 comments:

Post a Comment