Sunday, November 13, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

1) Tips Skema UPSR/ PMR/ SPM ingin mengucapkan

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM kepada adik-adik Tingkatan 5, 2011.

2) Segala hasil usaha adik-adik yang tidak mengenal penat lelah akan diterjemahkan ketika peperiksaan ini.

3) Sekiranya adik-adik semua telah berusaha sedaya upaya, InsyaAllah kejayaan akan menyusul.

4) Apa yang perlu dilakukan sekarang cuma banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya adik diberikan ketenangan dan ketetapan hati ketika menjawab soalan.

5) Selain itu, sebelum menduduki peperiksaan, adik-adik perlu meminta ampun dan maaf kepada guru-guru di sekolah anda dan juga kedua ibubapa anda untuk memperolehi restu dan keberkatan.

Selamat Maju Jaya