TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM
Artikel kali ini memaparkan pendapat adakah praktikal untuk belajar bahasa Inggeris dengan menggunakan teknik direct translation. Selamat membaca
Dipetik dari Cikguazleen.com
Cuba anda bayangkan keadaan ini:
Anda membaca sebuah artikel dalam Bahasa Melayu. Kemudian, anda ambil sekeping kertas dan mula menulis semula artikel tersebut dalam Bahasa Inggeris. Setiap perkataan dalam Bahasa Melayu itu anda tulis dalam Bahasa Inggeris. Apabila anda mengalami kebuntuan kerana tidak tahu perkataan tertentu dalam Bahasa Inggeris, anda mengambil kamus dan mencarinya. Nahh.. itu perkataannya.. Akhirnya, siaplah artikel dalam Bahasa Melayu tadi di Bahasa Inggeriskan.. Hmmm…
Itulah yang dinamakan translation atau terjemah. Anda menterjemahkan artikel Bahasa Melayu tadi ke dalam Bahasa Inggeris. Bila dibaca semula, macam bagus juga ya..
Tapi cuba anda fikirkan.. Apa yang anda pelajari sepanjang proses penterjemahan tadi?
Yang saya nampak adalah anda belajar menjadi seorang penterjemah. Satu perkataan dalam Bahasa Melayu, begini pula menyebutnya dalam Bahasa Inggeris. Contohnya makan dalam Bahasa melayu, eat dalam Bahasa Inggeris.
Itu penterjemah lah kan. Lebih teruknya kerana ia menjadi direct translation. Kerana itulah ayat “Tekan minyak” dalam Bahasa Melayu menjadi “Press oil” dalam Bahasa Inggeris. Atau “Saya dalam keadaan sihat” dalam bahasa Melayu menjadi “I am in the well” dalam Bahasa Inggeris.
Kenapa ya ini terjadi?
Pada saya ia berlaku kerana struktur bahasa yang tidak sama antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tambahan pula apabila ia melibatkan jargon atau frasa khas untuk sesuatu situasi/ bidang.
Itulah tadi contohnya “tekan minyak” dalam bidang kenderaan atau enjin mungkin. Bila kita buat direct translation jadilah ianya “press oil”.
Dan ada banyak lagi contoh lain.
Pendek kata, apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah tidak sesuai untuk anda belajar Bahasa Inggeris dengan menggunakan teknik translation atau terjemahan.
Jika anda ingin belajar menulis dalam Bahasa Inggeris, lebih baik anda menulis ayat dalam Bahasa Inggeris daripada menterjemahkan ayat dalam Bahasa Melayu.
0 comments:
Post a Comment