Monday, March 28, 2011

Info Tentang Keputusan SPM 2010

TIPS SKEMA SOALAN UPSR / PMR / SPM

Keputusan SPM telah diumumkan pada 24 Mac 2011 yang lalu. Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Pelajaran hari ini menyatakan seramai 9,239 pelajar telah berjaya mendapat keputusan gred cemerlang semua A dalam setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Keputusan peperiksaan SPM 2010 tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 1,252 orang calon berbanding 7,987 pelajar pada tahun 2009. Selain itu .. keputusan ini juga dilihat sebagai keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan tahniah kepada Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang munncul sebagai sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) mencatatkan peningkatan terbaik bagi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu sebanyak 0.89 berbanding tahun sebelumnya iaitu 0.97

Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran. Selain itu juga, pada tahun ini juga 16 pelajarnya mendapat semua A+ berbanding hanya dua calon sahaja pada tahun 2009.

Bagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula, seramai 1,249 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Jumlah itu merangkumi 18.28 peratus daripada keseluruhan 6,833 calon dari 38 MRSM yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2010.

MRSM Pengkalan Chepa diumum sebagai MRSM terbaik dengan mencapai Gred Purata Maktab (GPM) 0.83. Enam MRSM lain turut mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat GPM di bawah 1.75 iaitu MRSM Tun Ghafar Baba (0.91), MRSM Taiping (0.97), MRSM Langkawi (1.33), MRSM Kuala Kubu Baharu (1.68), MRSM Kubang Pasu (1.73) dan MRSM Kuala Berang (1.73).

Bagi adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR/ PMR/ SPM tahun 2011, jadikan ini sebagai dorongan untuk anda berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai kepatusan yang lebih cemerlang.

Sumber Rujukan: MRSM dan Sekolah Menengah terbaik peringkat kebangsaan SPM 2010
anastasyea.com

Friday, March 25, 2011

Belajar Bahasa Inggeris Dengan Teknik Translation

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM

Artikel kali ini memaparkan pendapat adakah praktikal untuk belajar bahasa Inggeris dengan menggunakan teknik direct translation. Selamat membaca

Dipetik dari Cikguazleen.com



Cuba anda bayangkan keadaan ini:


Anda membaca sebuah artikel dalam Bahasa Melayu. Kemudian, anda ambil sekeping kertas dan mula menulis semula artikel tersebut dalam Bahasa Inggeris. Setiap perkataan dalam Bahasa Melayu itu anda tulis dalam Bahasa Inggeris. Apabila anda mengalami kebuntuan kerana tidak tahu perkataan tertentu dalam Bahasa Inggeris, anda mengambil kamus dan mencarinya. Nahh.. itu perkataannya.. Akhirnya, siaplah artikel dalam Bahasa Melayu tadi di Bahasa Inggeriskan.. Hmmm…

Itulah yang dinamakan translation atau terjemah. Anda menterjemahkan artikel Bahasa Melayu tadi ke dalam Bahasa Inggeris. Bila dibaca semula, macam bagus juga ya..

Tapi cuba anda fikirkan.. Apa yang anda pelajari sepanjang proses penterjemahan tadi?

Yang saya nampak adalah anda belajar menjadi seorang penterjemah. Satu perkataan dalam Bahasa Melayu, begini pula menyebutnya dalam Bahasa Inggeris. Contohnya makan dalam Bahasa melayu, eat dalam Bahasa Inggeris.

Itu penterjemah lah kan. Lebih teruknya kerana ia menjadi direct translation. Kerana itulah ayat “Tekan minyak” dalam Bahasa Melayu menjadi “Press oil” dalam Bahasa Inggeris. Atau “Saya dalam keadaan sihat” dalam bahasa Melayu menjadi “I am in the well” dalam Bahasa Inggeris.

Kenapa ya ini terjadi?

Pada saya ia berlaku kerana struktur bahasa yang tidak sama antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tambahan pula apabila ia melibatkan jargon atau frasa khas untuk sesuatu situasi/ bidang.

Itulah tadi contohnya “tekan minyak” dalam bidang kenderaan atau enjin mungkin. Bila kita buat direct translation jadilah ianya “press oil”.

Dan ada banyak lagi contoh lain.

Pendek kata, apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah tidak sesuai untuk anda belajar Bahasa Inggeris dengan menggunakan teknik translation atau terjemahan.

Jika anda ingin belajar menulis dalam Bahasa Inggeris, lebih baik anda menulis ayat dalam Bahasa Inggeris daripada menterjemahkan ayat dalam Bahasa Melayu.

Tuesday, March 22, 2011

UPSR 2008 Matematik 2 Tips Serta Skema

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Soalan-soalan UPSR 2008 Matematik 2 Tips Serta Skema

S.1

J.1     Puluh  
          Ribu      Ribu    Ratus   Puluh   Sa
            7           3         0          5        0

Jawapannya ialah 73 050

S.2

J.2  3    atau tiga per lapan
       8


S.3

J.3 6.30am dalam sistem 12 jam atau 0630 dalam sistem 24 jam

Friday, March 18, 2011

UPSR 2008 Matematik 1 (Soalan 21-40) Tips Serta Skema

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Soalan - soalan UPSR 2008 Matematik 1 (Soalan 1-20) Tips Serta Skema

S.21

J.21 i) Jumlah pakaian berwarna putih  = 41 375
          Jumlah pakaian berwarna merah = 50 850
          Jumlah pakaian berwarna biru    = 41 375 + 1 200
                                                           = 42 575

ii) Jumlah semua pakaian = pakaian putih + pakaian merah + pakaian biru
                                      = 41 375          + 50 850             + 42 575
                                      = 134 800
Jawapannya ialah C. 134 800

S.22

J.22 i)   4 1  x  240g
                5
        = 21  x 240g
            5
       = 21 x 48
       = 1 008g
ii) Tukarkan g kepada kg

   1 000 g  = 1 kg
   1 008 g  = 1 008 g  x 1 kg
                    1 000 g
                 = 1.008 kg (gerakkan 3 titik perpuluhan ke kiri)
Jawapannya ialah D. 1.008kg

S.23

J.23 i) Jumlah pengakap = 30
          Jumlah Pandu puteri = 30 + 8 = 38
          Jumlah PBSM = 4 x 30
                                    5
                                = 4 x 6
                                = 24
          Jumlah Puteri Islam = 30 - 2 = 28
        
        ii) Jumlah keseluruhan = 30 + 38 + 24 + 28
                                          = 120
       iii) Pecahan pengakap daripada jumlah keseluruhan = Jumlah Pengakap
                                                                                        Jumlah keseluruhan
                                                                                     = 30
                                                                                        120
                                                                                     = 30 / 30
                                                                                        120 / 30
                                                                                     = 1
                                                                                        4
Jawapannya ialah B.

Tuesday, March 15, 2011

UPSR 2008 Matematik 1 (Soalan 1-20) Tips Serta Skema

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Soalan-soalan UPSR 2008 Matematik 1 (Soalan 1-20) Tips Serta Skema

S.1

J.1       Ratus     Puluh  
            Ribu      Ribu         Ribu      Ratus     Puluh     Sa
              5            6             7            3           4          2

i)Dibundarkan kepada puluh ribu yang hampir, puluh ribu yang hampir terletak di antara 60 000 dan 70 000.
ii) 67 342 terletak lebih hampir kepada 70 000 kerana 7 342 berada di atas 5 000
iii) Jawapannya ialah 570 000   = 0.57 juta

Jawapannya ialah C. 0.57 juta

S.2

J.2 i) digit 7 di dalam soalan membawa maksud 0.007
  ii) jawapannya di dalam bentuk pecahan ialah :-
          0  | 0 | 0 | 7
          1  |  0|  0|  0
Jawapannya ialah  C.     7     
                                  1 000



S.3

J.3 i) Peratusan 1)  4    x    100
                            10
                           =  4  x  10
                           = 40%
        Peratusan 2)  1 x  100
                             4
                          = 100 
                               4
                
                         =  25 %
    ii) Jumlah peratusan kedua-dua kad = 40% + 25%
                                                           = 65%
Jawapannya ialah D. 65

Friday, March 11, 2011

UPSR 2007 Matematik 2 Tips Serta Skema

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Soalan-soalan UPSR 2007 Matematik 2 Tips Serta Skema

S.1 State the digit value of 4 in the number 45 090.                                       [1 mark]
       Nyatakan nilai digit bagi 4 dalam nombor 45 090.


J.1  Puluh
       Ribu          Ribu        Ratus        Puluh       Sa
         4               5             0               9            0

Nilai digit yang diwakili oleh 4 di atas adalah Empat Puluh Ribu

S.2 .Diagram 1 shows a number line                                                        [1 mark]
        Rajah 1 menunjukkan satu garis nombor


State the value of K.
Nyatakan nilai K.

J.2 i) Perlu dilakukan kaedah cuba jaya.
     ii) Mula-mula tukarkan 1 kepada pecahan yang mempunyai pembawah 5

    1   =   5
              5
    iii) cuba satu persatu, bermula dengan 2       3           5
                                                              5   ,   5,     4,     5
Kita dapati nilai , K = 4      dengan mengikut turutan
                                  5
        

S.3 Diagram 2 shows Azwan’s dinner time.                                               [ 2 marks ]
       Rajah 2 menunjukkan waktu makan malam Azwan




Write the time in the 24-hour system.
Tuliskan waktu itu dalam sistem 24 jam


J.3 i) Bagi jam dalam sistem 24 jam, kita hanya perlu tambah 1200, bagi waktu selepas 12 tengah hari, hingga 11.59 malam.

ii)    jam     minit
        08       20
     + 12       00
        20       20

Waktunya adalah 2020

Tuesday, March 8, 2011

UPSR 2007 Matematik 1 (Soalan 21-40) Tips Serta Skema

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Soalan-soalan UPSR 2007 Matematik 1 (Soalan 21-40) Tips Serta Skema

S.21

J.21 Untuk menjawab soalan ini, anda harus mengetahui cara mengira pecahan dan peratusan dengan baik dan pantas.
 i) Jumlah yang diberi kepada jiran = 1  x 120
                                                        5

                                                    = 120     = 24
                                                         5
                2 4
        5 | 1 2 0
             1 0
                2 0
                2 0
                .  .
ii)Jumlah baki = 120 - 24   = 96 biji
   Bilangan yang dijual = 1  x  96
                                      2
                                  = 96
                                      2
                                  = 48
           4 8
      2 | 9 6
          8
          1 6
          1 6
          .  .
iii) Baki selepas diberi jiran dan dijual = Jumlah Durian - Jumlah diberi kepada jiran - Bil yang dijual
                                                         = 120                - 24                                     - 48
                                                         = 48 biji
iv) Peratus durian yang tinggal  = Baki selepas memberi jiran dan dijual     x    100
                                                   jumlah asal durian
                                               = 48    x   100
                                                  120
                                              = 48   x  5
                                                  6
                                              = 40 %
    4 8
x     5
 2 4 0
                      4 0
===>     6 | 2 4 0
                   2 4
                   .  .  0
                         0
                          .
Jawapannya ialah B. 40
                       
S.22

J.22 Kemahiran yang diperlukan untuk menjawab soalan ini:
        a) kebolehan menukar jam dalam bentuk pecahan kepada bentuk jam dan minit
        b) Tidak melakukan kesilapan lazim kerana 60minit = 1 jam
i) Masa J ke K = 1 jam
                           2

  Tukarkan dalam bentuk minit,
  Masa J ke K = 1  x 60minit
                          2
                       = 60 minit
                           2
                       = 30minit
ii) Masa K ke L = 15 minit
iii) Masa L ke M = 1 1 jam
                                 4
Tukarkan dalam bentuk minit,
Masa L ke M = 1 jam + 1 jam   = 1 jam 15 minit
                                      4
       1  x  60minit
       4
     = 60  minit
         4
     = 15 minit
iv) Masa M ke N = 3 jam
                               4
Tukarkan ke dalam bentuk minit,
Masa M ke N  = 3   x 60 minit
                           4
                       = 3 x 15 minit
                       = 45 minit
v) Jumlah masa perjalanan dari J ke N =   30minit + 15minit + 1 jam 15 minit + 45minit

                  jam          minit    =====>     jam     minit    =====>     jam    minit
                    0             30                         0        30                          0         30
                    0             15                         0        15                          0         15
                    1             15                         1        15                          1         15
            +      0             45                         0        45                          0         45
                    1            105                        1      60 + 45                   1 +1     45
  Jumlah masa perjalanan dari J ke N = 2 jam 45 minit
vi) Waktu sampai = 9. 00am + 2 jam 45minit

      jam    minit
       9       0 0
  +   2       4 5
      11      4 5

Sampai pada pukul 11.45am
Jawapannya ialah B. Jam 1145



S.23

J.23 Untuk menjawab soalan ini, anda harus
a)Tahu menukarkan waktu dari bentuk 12 jam kepada bentuk 24 jam.
b) Tahu menukarkan bentuk jumlah masa jam dan minit kepada bentuk pecahan dalam jam

i) Waktu mula bekerja    = 0815
ii) Waktu tamat bekerja  = 4.30pm = 0430 + 1200 = 1630
iii) Jumlah masa bekerja = 1630 - 0815
     jam   minit
     16      30
 -   08      15
      08      15
Tukarkan ke dalam bentuk pecahan,

60 minit   =  1 jam
15 minit   =  15 minit   x  1 jam
                    60
               = 1  jam
                  4
Jumlah masa bekerja = 8 1  jam
                                       4
Jawapannya ialah C. 8 1  jam
                                   4

Friday, March 4, 2011

UPSR 2007 Matematik 1 (Soalan 1-20) Tips Serta Skema

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Soalan-soalan UPSR 2007 Matematik 1 (Soalan 1-20) Tips Serta Skema

S.1

J.1  i) 3 juta =  3  x 1 000 000
         4            4
                   = 3 000 000
                           4
          7 5 0 0 0 0
  4 | 3 0 0 0 0 0 0
       2 8
          2 0
          2 0
          .  . 0
               0
                . 0
                  0
                   . 0
                     0
                     . 0
                       0
                        .
      ii) 6 3  juta = 6 000 000 + 750 000
             4
                       = 6 750 000
Jawapannya adalah D. 6 750 000

S.2

J.2 i)  17    =  0.17
         100
                  0 . 1 7
      100 | 1 7 . 0 0
                 0
               1 7  0
               1 0  0
                  7  0 0
                  7  0 0
                  .   .  .
      ii) 3 17      =   3.0 + 0.17  =  3.17
             100

     iii) Di antara A, B, C dan D, kita dapati A 3.171 lebih besar daripada 3.17
Jawapannya adalah A. 3.171
S.3
                         Ringgit                 Sen        
J.3   i)   Ratus     Puluh    Sa .   Puluh  Sa
               1           0         4  .     9       5

           Daripada pecahan nilai ringgit dan sen di atas, kita dapati
           
           Ringgit
           Ratus   =  1   = RM 100
           Puluh   =  0   = RM 00
           Sa       =  4   = RM 4

           Sen
           Puluh   = 9   = 90 sen
           Sa       = 5   = 5   sen
          Hasilnya, RM 100 + RM 4 + 90sen + 5 sen
Jawapannya adalah D.