Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Soalan - soalan UPSR 2005 Matematik 1 (Soalan 21-40) Tips Serta Skema
S21. Rajah 7 menunjukkan waktu Johana makan malam.
Selepas 35 minit, Johana mula membuat latihan matematik.
Pukul berapakah dia mula membuat ;latihan itu?
A. 0715 B. 0825 C. 1915 D. 2025
J21. i) Soalan menunjukkan jam jarum yang mempunyai angka 1 hingga 12. Kedudukannya adalah pada pukul 7.50 malam. 7.50pm ditukarkan kepada sistem 24 jam perlulah ditambah 12 menjadi 1950.(Kerana lebih daripada jam 12.00 tengahari)
ii) Selepas ditambah 35 minit ia menjadi
1 1
1 9 5 0 1 9 5 0
+ 3 5 + 3 5
1 9 8 5 Ingat bahawa 1 jam bersamaan 60 minit, 2 0 2 5
80 minit bersamaan 1 jam 20 minit
Jawapannya adalah D. 2025
S22. Jadual 2 menunjukkan panjang tali yang diperlukan untuk mengikat sebuah kotak X dan sebuah kotak Y.
Kotak Panjang Tali
X 1.05m
Y 80cm
Hitungkan jumlah panjang, dalam m, tali yang diperlukan untuk mengikat 6 buah kotak X dan 3 buah kotak Y.
A. 8.70 B. 8.95 C. 11.10 D. 11.40
J22. i) Tali untuk 6 buah kotak X ====> 6 x 1.05m = 6.30m
ii) Tali untuk 3 buah kotak Y ====> 3 x 80cm = 240cm
iii) Tukarkan unit cm kepada m ====> 240cm = 2.40m (Ingat bahawa 1m = 100cm)
240.0 bahagi 100 (gerakkan 2 titik perpuluhan ke kiri)
iv) Jumlahkan semuanya
6.30 m + 2.40 m = 8.70 m
Jawapannya adalah A. 8.70
S23.Rajah 8 menunjukkan berat sebuah beg.
Apabila 5 buah buku dimasukkan ke dalam beg itu, beratnya menjadi 2.3kg. 5 buah buku itu sama berat.
Berapakah berat, dalam g, sebuah buku itu?
A. 120 B. 340 C. 460 D. 600
J23. i) Kenalpasti berat asal beg. Di dalam soalan ini berat asal sebuah beg adalah 1.7kg
ii) Apabila dimasukkan 5 buku, jumlah berat menjadi 2.3kg. Ini bermakna berat 5 buah buku itu adalah
2.3 - 1.7 = 0.6 kg
iii) Berat sebuah buku adalah 0.6/5 = ?
0 . 1 2
5 | 0 . 6 0
0
. 6
5
1 0
1 0
. .
iv) 0.12 kg tukarkan kepada g berdasarkan kehendak soalan. (Ingat 1kg = 1000g)
1kg = 1 000g
0.12kg x 1 000 = 120.0g
0.12kg x 1 000g = 120.0g (gerakkan 3 titik perpuluhan ke kanan)
1 kg
Jawapannya adalah A. 120
S24. Jadual 3 menunjukkan kandungan dan bilangan botol susu segar yang dibeli oleh Salmi.
Kandungan Sebotol Bilangan Botol
250ml 3
500ml 5
1.25liter 2
Berapakah jumlah isipadu susu segar, dalam liter, yang dibeli oleh Salmi?
A. 2.00 B. 3.50 C. 4.70 D. 5.75
J24. i) Jumlahkan semua isipadu
a) 250ml x 3 = 750ml
b) 500ml x 5 = 2 500ml
c) 1.25 l x 2 = 2.50 l
ii) Tukarkan semua unit isipadu ke dalam liter.(Ingat 1liter = 1 000ml)
a) 1 000ml = 1 liter
750ml = 750ml x l liter = 0.75liter
1 000ml
b) 1 000ml = 1 liter
2 500ml = 2 500ml x 1 liter = 2.50liter
1 000ml
c) 2.50liter
iii) Jumlahkan semua isipadu dalam liter
0.75 + 2.50 + 2.50 = 5.75 liter
Jawapannya adalah D. 5.75
S25. Dalam suatu ujian, Hafiz mendapat 87 markah. Gopal mendapat 9 markah lebih daripada Hafiz. Lee Hong mendapat 6 markah kurang daripada Gopal.
Berpakah purata markah mereka?
A. 91 B. 88 C. 83 D. 79
J25. i) Hafiz dapat 87 markah
ii) Gopal dapat 9 lebih daripada Hafiz = 87 + 9 = 96
iii) Lee Hong dapat 6 kurang daripada Gopal = 96 - 6 = 90
iv) Kira purata markah mereka semua
Hafiz + Gopal + Lee Hong =====> 87 + 96 + 90 = 91
3 3
Jawapannya adalah A. 91
S26. Jumlah berat Salleh, Kassim, Ani, Yong dan Vellu ialah 215kg. Purata berat Salleh dan Kassim ialah 45kg. Jumlah berat Yong dan Vellu ialah 84kg.
Hitungkan berat Ani.
A. 35kg B. 39kg C. 41kg D. 43kg
J26. i) Jumlah berat kelima-lima orang adalah 215kg
ii) Purata berat Salleh dan Kassim ialah 45kg. Ini bermakna jumlah berat Salleh dan Kassim adalah
45 + 45 = 90 kg
Ingat purata adalah jumlah berat = 45 kg = (90)
bilangan orang 2
iii) Jumlah berat Yong dan Vellu ialah 84kg
iv) Berat Ani adalah = (Jumlah kelima-lima) - (Jumlah Salleh dan Kassim) - (Jumlah Yong dan Vellu)
= 215 - 90 - 84
= 41kg
Jawapannya adalah C.41kg
S27. Carta 9 ialah carta palang yang menunjukkan bilangan penduduk empat taman perumahan W,X,Y dan Z.
Penduduk itu terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Daripada jumlah penduduk itu 55% adalah bangsa Melayu, 3/10 adalah bangsa Cina dan selebihnya bangsa India.
Berapakah jumlah penduduk bangsa India dalam empat taman perumahan itu?
J27. i) Daripada carta palang yang diberikan, jumlah penduduk
W = 300 orang
X = 450 orang
Y = 200 orang
Z = 350 orang
Jumlahnya adalah
300 + 450 + 200 + 350 = 1 300orang
ii) 55% Melayu
3 x 100 = 30% Cina
10
% India = 100% - 55% - 30% = 15%
iii) Jumlah India = 15% x 1 300 orang
===> 15 x 1 300 ====> 15 x 13 = 195 orang
100
Jawapannya adalah A. 195
S.28 Rajah 10 ialah piktograf yang menunjukkan jualan basikal selama empat bulan.
Jun Z Z
Julai Z Z Z Z Z Z
Ogos Z Z Z Z
September Z Z
Z mewakili 6 buah basikal
Berapakah beza bilangan jualan bulan Julai berbanding dengan purata jualan empat bulan tersebut?
A. 9 B. 12 C. 15 D. 21
J.28 i) Jualan Julai = 6 x 6 = 36 basikal
Jualan Ogos = 4 x 6 = 24 basikal
Jualan September = 2 x 6 = 12 basikal
Jualan Jun = 2 x 6 = 12 basikal
ii) Purata jualan 4 bulan = Jun + Julai + Ogos + September = 12 + 36 + 24 + 12 = 84 = 21
bilangan bulan 4 4
iii) Beza jualan Julai berbanding purata 4 bulan = 36 - 21 = 15 buah basikal
Jawapannya adalah C.15
S29. Rajah 11 menunjukkan gabungan sebuah segiempat sama PQRS dan tiga segitiga sama sisi STP, PUQ dan QVR.
Jumlah panjang sisi PQRS ialah 32cm.
Hitungkan perimeter, dalam cm, kawasan berlorek.
A. 48 B. 72 C. 80 D. 96
J29. i) Jumlah panjang sisi PQRS = 32 cm
Jumlah panjang satu sisi PQRS = 32/4 = 8cm
ii) Jumlah kawasan berlorek terdiri daripada 3 segitiga sama sisi berukuran 8cm setiap sisi.
Ini bermakna setiap segitiga mempunyai 3 x 8 = 24 cm perimeter
iii) Jumlah perimeter 3 segitiga adalah = 3 x 24 = 72cm perimeter
Jawapannya adalah B.72
S.30 Rajah 12 menunjukkan sebuah lantai berbentuk segiempat tepat PQRS. Tiga helai permaidani berbentuk segiempat sama yang sama besar diletakkan di atas lantai itu. Setiap permaidani itu berisi 5m.
Hitungkan luas, dalam m2, kawasan yang tidak dilitupi permaidani itu.
A. 165 B. 180 C.190 D. 215
J.30 i) Jumlah luas PQRS = 20m x 12m = 240m2
ii) Jumlah luas satu permaidani = 5m x 5m = 25m2
Jumlah luas 3 permaidani = 3 x 25m2 = 75m2
iii) Jumlah luas kawasan tidak dilitupi = Luas PQRS - Luas 3 permaidani
= 240m2 - 75m2
= 165m2
Jawapannya adalah A.165m2
S.31 Rajah 13 menunjukkan sebiji agar-agar berbentuk kuboid.
1/3 daripada agar-agar itu telah dimakan.
Berapakah isipadu, dalam cm3, baki agar-agar itu?
A. 144 B. 288 C. 384 D. 576
J.31 i) Isipadu agar-agar = 12cm x 8cm x 6cm = 576cm3
ii) Jumlah dimakan = 1/3, ini bermakna jumlah baki agar-agar ialah 2/3: 1/3 + 2/3 = 3/3 = 1
Jumlah baki agar-agar = 2 x 576 = 1152 = 384cm3
3 3
Jawapannya adalah C. 384
S.32 Sebuah bekas boleh diisi penuh dengan guli berjumlah antara 200 biji hingga 250 biji. Amran ingin mengisi penuh 6 buah bekas yang sama dengan guli itu.
Apakah anggaran paling sesuai bagi jumlah guli yang diperlukan oleh Amran?
A. 300 B. 450 C. 1 380 D. 2 700
J.32 i) anggaran minimum guli bagi 6 buah bekas = 6 x 200 = 1200 biji guli
ii) anggaran maksimum guli bagi 6 buah bekas = 6 x 250 = 1500 biji guli
iii) Daripada jawapan A,B,C dan D, hanya C. 1 380 yang terletak di antara 1200 hingga 1500.
Jawapannya adalah C. 1 380
S.33 Jadual 4 menunjukkan harga kos dan peratus keuntungan bagi dua barang yang dijual oleh Encik Raju.
Encik Raju menjual 4 buah beg dan 6 buah jam tangan.
Hitungkan jumlah keuntungan yang diperoleh Encik Raju.
A. RM 18 B. RM72 C. RM96 D. RM120
J.33 i) Keuntungan seunit Beg = 15 x RM40 = RM6
100
ii) Keuntungan seunit Jam tangan = 10 x RM 120 = RM12
100
iii) Keuntungan 4 buah beg = 4 x RM6 = RM24
iv) Keuntungan 6 buah jam tangan = 6 x RM12 = RM72
v) Jumlah keuntungan 4 beg dan 6 jam = RM24 + RM72 = RM96
Jawapannya adalah C.RM96
S.34
J.34 i) Masa aktiviti kelas tambahan 1545 - 1415 =
jam minit
1 5 4 5
- 1 4 1 5
1 3 0
ii) Masa bermain bola sepak 1830 - 1645 =
jam minit
18 30
- 16 45
1 45 2 pinjam 1 daripada 8 menjadikannya 2+6 = 8; 8 -4 = 4
iii) Jumlah kedua-dua masa = 1jam 30minit + 1jam 55 minit =
jam minit
1 30
+ 1 45
3 15
Jawapannya adalah B. 3 jam 15 minit
S.55
J.35 i) Jarak P ke Q = Jarak Q ke R = 4 500m
ii) Jaras R ke S = 1/4 daripada P ke R
Jarak P ke R = 4 500m + 4 500m = 9 000m
Jarak R ke S = 1 x 9 000m = 2 250m
4
iii) Jarak P ke S = Jarak P ke Q + Jarak Q ke R + Jarak R ke S
= 4 500m + 4 500m + 2 250m
= 11 250m
iv) Soalan mengkehendaki jarak P ke S dalam km. (Ingat 1km = 1000m)
1 000m = 1 km
11 250m = 11 250m x 1 km
1 000m
= 11.25km (11 250.0 digerakkan 3 titik perpuluhan ke kiri)
Jawapannya adalah D. 11.25
S.36
J.36 i) jualan minimum sehari = 150 liter air
jualan maksimum sehari = 170 liter air
ii) jualan minimum 2 minggu (14 hari) = 14 x 150 = 2 100 liter air
jualan maksimum 2 minggu (14 hari) = 14 x 170 = 2 380 liter air
iii) Lihat pada jawapan A,B, C dan D dan cari jumlah yang terletak di antara 2 100 dan 2 380.
Kita dapati C. 2 300 terletak di antara 2 100 dan 2 380.
Jawapannya adalah C. 2 300
S.37
J.38 i) Harga kasut sebelum diskaun = RM 270
Harga jaket sebelum diskaun = RM 230
ii)Duit kepunyaan Arif = RM 300
Jumlah potongan kasut Arif dengan diskaun 20% = 20 x RM270 = RM54
100
Jumlah harga kasut Arif selepas diskaun = RM 270 - RM54 = RM216
Duit baki Arif = RM 300 - RM 216 = RM84
iii)Duit kepunyaan Musa = RM 250
Jumlah potongan jaket Musa dengan diskaun 10% = 10 x RM230 = RM23
100
Jumlah harga jaket Musa selepas diskaun = RM 230 - RM23 = RM207
Duit baki Musa = RM 250 - RM 207 = RM43
iv) Beza duit baki Arif dan Musa = RM84 - RM43 = RM41
Jawapannya adalah D. RM41
S.39
J.39 i) Pernyataan yang mana betul.
A. Jumlah penduduk Kampung Sentosa kurang daripada 1 400.
Jumlah penduduk Kampung Sentosa = 189 + 286 + 495 + 455
= 1 425.
1 425 > 1 400. Maka pernyataan ini SALAH
B. Jumlah penduduk dewasa adalah dua kali ganda kanak-kanak
Jumlah dewasa = 495 + 455 = 950
Jumlah kanak-kanak = 189 + 286 = 475
2 x jumlah kanak-kanak = 2 x 475 = 950
950 = 950. Maka pernyataan ini BENAR.
C. Jumlah kanak-kanak perempuan lebih ramai daripada jumlah lelaki dewasa
Jumlah kanak-kanak perempuan = 286
Jumlah lelaki dewasa = 495
495> 286. Maka pernyataan ini SALAH.
D. Beza antara lelaki dan perempuan dewasa adalah 150
Jumlah lelaki dewasa = 495
Jumlah perempuan dewasa = 455
Beza = 495 - 455 = 40
Bezanya hanya 40 dan bukan 150. Maka pernyataan ini SALAH.
Jawapannya adalah B. Jumlah penduduk dewasa adalah dua kali ganda kanak-kanak.
S.40
J.40 i) Cari perimeter Rajah 17 :
9.5cm + 12.5cm + 14cm = 36cm
ii) Cari perimeter A,B,C dan D serta bandingkannya dengan Rajah 17:
Perimeter A = 12cm +12cm +7cm + 7 cm = 38cm
Perimeter B = 8cm + 8cm +10cm+10cm = 36cm
Perimeter C = 8cm +17cm +15cm = 40cm
Perimeter D = 13cm +13cm +13cm = 39cm
iii) Kita dapati Perimeter B = Perimeter Rajah 17 = 36cm
Jawapannya adalah B
Sekian dan Selamat Maju Jaya.
Sekiranya ada pertanyaan, sila kemukakan di ruangan komen...
0 comments:
Post a Comment