Friday, February 11, 2011

UPSR 2005 Matematik 1 (Soalan 1-20 Serta Tips Dan Skema)

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Soalan - soalan serta Tips Dan Skema UPSR Matematik 2005 (Soalan 1-20)

S1. Antara nombor berikut, yang manakah apabila dibundarkan kepada ratus yang terdekat menjadi 200,000?
A. 199 909      B. 199 959   C. 200 059     D.  200 109

J1.    A. 199 909  kepada ratus terdekat menjadi  199 900 sebab 909 lebih hampir kepada 900
                  199 900-----199 909 --------------199 950------------------------200 000
         B. 199 959  kepada ratus terdekat menjadi 200 000 sebab 959 lebih hampir kepada 1000
                  199 900----------------------------199 950-----199 959 ----------200 000
         C. 200 059 kepada ratus terdekat menjadi 200 100 sebab 059 lebih hampir kepada 100

                  200 000----------------------------200 050 ----200 059-------------200 100
         D. 200 109 kepada ratus terdekat menjadi 200 100 sebab 109 lebih hampir kepada 100

                  200 100----200 109---------------200 150 -------------------------200 200



B adalah jawapannya.

S2.  Rajah 1 menunjukkan suatu garis nombor
        0.8      1.4        ____               3.2
 
Apakah nilai P ?
 
 A. 1.8                    B. 2.0                    C. 2.2                    D. 2.6
 
J2.  i) Perhatikan turutan nombor dari kiri ke kanan atau sebaliknya? Dalam kes ini, saya mulakan dari kiri   ke kanan. Turutan menaik
     ii) Perhatikan adakah ia menaik dengan banyak atau sedikit? Jika banyak darab dan jika sikit tambah.
    iii) Di dalam kes ini, kita mulakan dengan tambah.
        0.8  +   ____   =   1.4
        0.8  +  0.6       =   1.4
    iv) Teruskan tambah 0.6 ke petak seterusnya hingga akhir.
        1.4   +  0.6     =  2.0 (Isikan di Petak ke tiga)
        2.0    + 0.6     =  2.6 (Isikan di Petak ke empat)
        2.6   +  0.6     =  3.2 (sama dengan nombor di petak terakhir)
  v) Ini menunjukkan petak-petak tersebut menaik sebanyak 0.6 bagi setiap petak
      Jelas menunjukkan P itu adalah 2.6 dan jawapannya adalah D
 
S3. Tukarkan 4% kepada nombor perpuluhan?
   A.  4.0       B. 0.4        C. 0.04       D.  0.004
 
J3. 
      i) Apa maksud 4%? Maksudnya adalah 4 per 100 atau 4 bahagi 100. Dalam ayat matematiknya 4/100.
      ii) Cara PERTAMA.Teruskan dengan penyelesaiannya:
 
                      0.                                         0.  0                               0 . 0 4
             100 /  4. 0              ==>       100 / 4. 0                ==>  100/ 4. 0  0
                       0                                         |                                  |    |
                                                                  4  0                                 4 0    |
                                                                      0                                    0    |
                                                                                                         4 0   0
                                                                                                         4 0   0
                                                                                                          . .    .
    iii) Jawapannya adalah  C. 0.04
    iv) Cara KEDUA. (shortcut)  Sila ingat fakta ini. 
    Bahagi seratus, gerakkan 2 titik perpuluhan ke kiri        4.0 /  100   =    0.040

    Bahagi seribu, gerakkan 3 titik perpuluhan ke kiri.        4.0 /  1000  =   0.0040
    Darab seratus, gerakkan 2 titik perpuluhan ke kanan    4.0  x 100   =    400.0

    Darab seribu, gerakkan 3 titik perpuluhan ke kanan     4.0 x  1000 =   4000.0


         4 / 100     =      4.0  digerakkan dua titik perpuluhan ke kiri  menjadikannya  0.04


S4. Rajah 2 menunjukkan beberapa keping kad segiempat tepat P dan beberapa keping kad segiempat sama Q. Antara gabungan kad-kad berikut, yang manakah boleh membentuk sebuah kotak berbentuk kuboid?
A. 1 keping kad P dan 5 keping kad Q
B. 2 keping kad P dan 4 keping kad Q

C. 3 keping kad P dan 3 keping kad Q

D. 4 keping kad P dan 2 keping kad Q


J4.  i) Perkara pertama yang perlu diketahui oleh anda adalah bagaimanakah bentuk kuboid?
      ii) Selepas mengetahui bentuk kuboid tersebut cuba lakarkannya seperti laaran di bawah?
     iii) Seterusnya, kira berapa segiempat tepat P dan segiempat sama Q yang diperlukan untuk membentuk sebuah kuboid.


     iv) Jika dilihat, anda memerlukan 4 segiempat tepat P dan 2 segiempat sama Q untuk membentuk sebuah kuboid. Ternyata jawapannya ialah D.

S5. Rajah 3 menunjukkan sebatang kayu berbentuk silinder. Kayu itu dipotong kepada 3 bahagian. Berapakah jumlah satah bagi ketiga-kita bahagian kayu itu?
 A. 2     B. 4     C. 6      D.  9


J5. i) Anda perlu mengetahui apa maksud satah. Satah bermaksud permukaan rata.
     ii) sila ambil sebuah bateri bersaiz AA di rumah anda. Sekarang bayangkan di kedua-dua hujung bateri tersebut mempunyai permukaan rata. Kini bateri tersebut sudah menjadi sebuah silinder. Sekarang kira berapa permukaan rata yang ada bagi sebuah silinder.
    iii) Bagi sebuah silinder, ada 2 permukaan rata (di kiri dan kanan) dan satu permukaan melengkung.
    iv) Apabila dipotong menjadi 3 bahagian, ini bermakna ada 3 silinder kecil yang terbentuk.
    v) Jikalau 1 silinder mempunyai 2 satah, 3 silinder akan mempunyai 6 satah. Jawapannya adalah C. 6

S6. Rajah 4 menunjukkan waktu dalam sistem 24 jam. Tukarkan waktu dalam sistem 12 jam.

                                                 2304

A.  11.04 pm     B. 11.04am    C. 3.04pm       D. 3.04am

J6. i) Untuk menukar sistem 24 jam kepada 12, ada 2 perkara yang perlu diingat.
     ii) Untuk jam 0000 hingga 1159 bagi sistem 24 menunjukkan pukul 12.00am - 11.59am (t/malam-siang)
    iii) Bagi jam 1200 hingga 2359 bagi sistem 24 menunjukkan pukul 12.00pm - 11.59pm  (t/hari- malam)
    iv) Sekiranya waktu tertera lebih daripada 1200, itu menunjukkan pm .anda hanya perlu tolak waktu tersebut dengan 1200. Contohnya seperti soalan ini.   2304 - 1200 =  ?  (ketika menjalankan operasi tolak harus diingat bahawa 60 minit bersamaan 1 jam)
                                        2304
                                   -   1200
                                        1104 pm

Jawapannya adalah   A. 11.04pm

S7.  Antara timbangan berat berikut, yang manakah paling berat?
      A. 8 g      B. 80 g      C.  0.8 kg      D. 0.008 kg

J7. i) Pastikan anda ingat bahawa 1 kg  =  1 000g. Mari kita lihat satu persatu.
     ii) Tukarkan semua ukuran di dalam satu unit. Dalam kes ini, saya akan tukarkan semua ukuran di dalam unit g. (Untuk menukarkan kg ke g, anda perlu darab dengan 1000.)
     A.  8 g    B. 80 g    C.  0.8 kg  =  0.8 kg x 1000 = 800g  D.  0.008kg x 1000 = 8g
    iii) Anda dapati yang paling berat adalah C. 0.8 kg

S8. 49 005  /  81
     A.   65    B. 605     C.  6 005  D. 6 050
    i) Ada 2 cara. Cara PERTAMA, terus buat 49 005 / 81. Cara ini agak lambat kerana anda terpaksa mengira gandaan 81 terlebih dahulu.  81 x 2 = 162 ;  81 x 3 = 243 dan seterusnya.
   ii) Cara KEDUA. Faktorkan dahulu 81.  81 =  9  x 9.
   iii) Dengan ini anda bahagi 49 005 dengan 9 terlebih dahulu, kemudian jawapan tersebut dibahagi lagi dengan 9 buat kali kedua. Kenapa? Kerana 81  =  9  x  9

             PERTAMA                             KEDUA
                 5 4 4 5    ========>           6 0 5
        9  | 4 9 0 0 5                            9| 5 4 4 5
              4 5 |   |  |                                5 4  |  |
                 4 0  |  |                                .  .  4  |
                 3 6  |  |                                      0  |
                    4 0  |                                      4 5
                    3 6  |                                      4 5
                       4 5                                       . .
                       4 5
                       .   .

Jawapannya adalah  B. 605

S9. RM 183.00 / 6
A.  3 keping RM 5 dan 3 keping 10 sen
B.  3 keping RM 5 dan 5 keping 10 sen

C.  6 keping RM 5 dan 5 keping 10 sen

D.  7 keping RM 5 dan 1 keping 10 sen


J9.  i) Jumlahkan setiap jawapan.
      A = 3 x RM 5  + 3 x .10  =  RM 15.30
      B = 3 x RM 5 + 5 x .10 = RM 15.50

      C = 6 x RM 5 + 5 x .10 = RM 30.50

      D = 7 x RM 5 + 1 x .10 = RM 35.10
       ii) Gunakan operasi bagi seperti biasa.

                3 0 . 5 0
        6 | 1 8 3 . 0 0
             1 8
             .  .  3
                   0
                   3 0
                   3 0
                   .   .  0
                          0
                          .
     iii) Padankan dengan jawapan. Jelas bahawa jawapannya adalah C. RM 30.50

S10.  1 080  /  (8 + 12)
       A.  54    B. 98   C. 147   D. 225

J10.  i) Penyelesaian ini hendaklah dibuat mengikut turutan. Turutannya adalah seperti berikut:
           1. (...) ,
           2. x atau / bergantung kepada siapa yang lebih kiri kira dahulu
           3. + atau - bergantung kepada siapa yang lebih kiri kira dahulu.
       ii) Di dalam soalan ini (...) harus diselesaikan dahulu.
            1 080 / ( 8 + 12)  =  1 080 / (20)   ======>  8 + 12 = 20
      iii) Seterusnya, selesaikan operasi bahagi pula.
          
                        5 4
           20 | 1 0 8 0
                  1 0 0  |
                   . .  8 0
                        8 0
                        .  .
     iv) Jawapannya adalah A. 54

S11.  42/3  + 31/3 - 6 3/4
       A.  11/4     B. 13/4    C.      21/4        D. 23/8
J11. i) Cara PERTAMA. Selesaikan operasi nombor bulat dahulu
           4 + 3 - 6  =  1
      ii) Selesaikan operasi pecahan
         2/3  +  1/3  - 3/4    ======>   3/3 -3/4
     iii) samakan pembawah (denominator)
      Ingat bahawa 3/3 = 1  =  4/4;
   iv) Oleh sebab itu,   4/4  -  3/4   =  1/4
   v) Gabungkan nombor bulat dalam i) dan pecahan dalam iv)
       1  +  1/4   =  1 1/4
       Jawapannya adalah A. 11/4
    vi) Cara KEDUA. Tukarkan terus semua pecahan kepada pecahan janggal.
         42/3   =  14/3      (3/3 + 3/3 + 3/3 +3/3 +2/3)  
         31/3   =  10/3      (3/3 + 3/3 + 3/3 + 1/3)
         63/4  =   27/4      (4/4 + 4/4 + 4/4 + 4/4 + 4/4 + 4/4 + 3/4)
    vii)  14/3 + 10/3 - 27/4
         => 24/3 - 27/4  samakan pembawah ===>  96/12 - 81/12  = 15/12 = 13/12 = 11/4

S12. RM 12.75  +  RM 5.50  - (RM 7.05 + 45 sen) =
 A.   RM 6.15      B. RM 9.75     C. RM 10.75      D. RM 11.65

J12.  i) Seperti soalan 10, penyelesaian ini hendaklah dibuat mengikut turutan. Turutannya adalah seperti berikut:

1. (...) ,
2. x atau / bergantung kepada siapa yang lebih kiri kira dahulu
3. + atau - bergantung kepada siapa yang lebih kiri kira dahulu.
ii) Di dalam soalan ini (...) harus diselesaikan dahulu. (Harus diingat 45sen = RM 0.45)
RM 12.75  +  RM 5.50  - (RM 7.05 + 45 sen) ======> RM 12.75  +  RM 5.50  - (RM 7.50 )
iii) Seterusnya, selesaikan operasi tambah dahulu kerana operasi + ada di hadapan (sebelah kiri)
 RM 12.75 + RM 5.50 - (RM 7.50 )  ==========>  RM 18.25 - RM 7.50
iv) Yang terakhir, selesaikan operasi tolak.
RM 18.25 - RM 7.50   =  RM  10.75
Jawapannya adalah C. RM 10.75

S13.  23/5 - 19/10 =
A.  0.6      B. 0.7      C.    1.6     D.  1.7

J13. i) Selesaikan operasi tolak dalam pecahan terlebih dahulu.
           a) nombor bulat    2- 1 = 1
           b) pecahan  3/5 - 9/10 ===>  6/10- 9/10  = ? Tak boleh kerana 6/10 lebih kecil daripada 9/10.
               Pinjam 1 daripada nombor bulat dalam i) menjadikannya
               6/10 + 10/10 =  16/10
       ii) Selesaikan operasi tolak
            16/10 - 9/10  =   7/10
      iii) Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.
           Cara PERTAMA.Teruskan dengan penyelesaiannya:


                 0. 7
          10 | 7. 0
                 0
                 7  0
                 7  0
                 .   .
          Cara KEDUA. Short cut seperti soalan Sila ingat fakta ini seperti dalam soalan 3.

Bahagi seratus, gerakkan 2 titik perpuluhan ke kiri 7.0 / 100 = 0.070
Bahagi sepuluh, gerakkan 1 titik perpuluhan ke kiri. 7.0 / 10 = 0.7
Darab seratus, gerakkan 2 titik perpuluhan ke kanan 7.0 x 100 = 700.0
Darab sepuluh, gerakkan 1 titik perpuluhan ke kanan 7.0 x 10 = 70.0

7 / 10 = 7.0 digerakkan satu titik perpuluhan ke kiri menjadikannya 0.7

Jawapannya adalah B. 0.7

S14.  230.4  /  18   =   _____    x   10
        Apakah nombor yang mesti ditulis dalam  _____ itu?
    A.   1280     B. 128     C. 1.28     D.  0.128

J14.  i)  Seperti biasa faktorkan nombor 18,  18 = ( 9 x  2).
        ii) Selesaikan operasi bahagi : Pertama  230.4 bahagi 9 dan jawapannya dibahagi lagi dengan dua.
            Rujuk soalan 8
       
                  2 5 . 6      =========>                1 2 . 8
          9 | 2 3 0 . 4                                        2 | 2 5 . 6
               1 8                                                    2
               .  5 0                                                 .  5
                  4 5                                                    4
                     5  4                                                1   6
                     5  4                                                1   6
                     .   .                                                 .    .

  230.4  /  18  =   12.8 
          iii)  12.8  =  ____  x  10.
         Rujuk soalan 3 dan 13 tentang perpindahan titik perluluhan apabila melibatkan darab atau bahagi 10.
                12.8 =  1.28 x 10

        Jawapnnya C 1.28

S15. Rajah 5 menunjukkan dua keping kad nombor

                        7.82             6.39

 Carikan beza antara nilai digit 8 dengan nilai digit 9 bagi dua nombor itu
 A.    0.01       B.  0.71        C. 0.81         D. 0.89


J15. i) susunkan nilai digit 8 bagi nombor pertama dan digit 9 dalam nombor kedua.
           7.82   ====>   0.80
         
           6.39  =====>  0.09

      ii) Cari beza nilai kedua-dua nombor tersebut dengan menggunakan opersai tolak.
         0.80   -  0.09  = ?
   
         0   .    8   0
     -  0   .    0   9
         0   .    7   1  

      Jawapannya adalah B. 0.71

S16. Rajah 6 menunjukkan kandungan air di dalam empat bekas P, Q, R dan S

      P = 0.68 liter    Q = 5.6 liter   R = 8.0 liter   S = 0.84 liter

Hitungkan purata kandungan air, dalam ml, dalam sebuah bekas.
A.    1 800       B. 1 980      C.  3 530      D.  3 780

J16. i) Mencari purata dengan mencampurkan keempat-empat bekas dan dibahagi dengan empat.
   (P + Q + R + S) / 4 ====>  (0.68 + 5.6 + 8.0 + 0.84)/4
 =  3.78 liter
     ii) Tukarkan 3.78liter kepada ml. Pastikan anda ingat bahawa 1 liter = 1 000ml.

         1 liter    = 1 000 ml
       3.78 liter =  3.78 x 1 000

                     =  3 780.0 ml  (gerakkan 3 titik perpuluhan ke sebelah kanan)

S17. Sebuah kedai telah menjual sejumlah 630 kuntum bunga ros merah dan ros kuning. Bilangan ros merah yang dijual adalah 124 kuntum lebih daripada bilangan ros kuning.
Carikan bilangan kuntum bunga ros kuning yang telah dijual.

A.    568     B. 516      C. 382      D. 253

J17. i) Maklumat yang boleh diperolehi.  RM = Ros Merah ; RK = Ros Kuning
          a) RM + RK = 630
          b) RM           = RK + 124
          kembali ke a), tetapi kali ini tukarkan RM dalam a) dengan nilai RK + 124 dalam b) kerana nilai    RM = RK + 124
         Menjadikannya,
         (RK + 124)  + RK  =  630 ; sebab RM = RK + 124
         Selesaikannya,
          RK + RK + 124 = 630
          RK + RK           = 630 - 124
                                    = 506
                    RK          = 506 /2
                                   = 253
     ii) Semak semula RM   =  RK + 124
                                        =   253 + 124  =  377
                       RM + RK =  377 + 253 = 630 . Telah terbukti.

Jawapannya jumlah ros kuning adalah  D.253

S18. Razali membekalkan sejumlah 1 000 biji telur untuk kedai P dan kedai Q. Didapati bahawa 1/10 daripada telur itu pecah. Kedai P dibekalkan 2/5 daripada telur yang tidak pecah.
Berapakah bilangan telur yang tidak pecah dibekalkan ke kedai Q?
A.   600    B. 540     C. 500   D.  360

J18.  i) jumlah telur = 1 000 biji; pecah 1/10
           bilangan yang pecah  = 1/10  x  1 000
                                           = ( 1 x 1 000) / 10
                                           = 100
          Jadi, bilangan yang tidak pecah adalah = 1 000 - 100 = 900
        ii) Daripada bilangan telur yang tidak pecah itu , 2/5 dibekalkan kepada P.
           Jika 2/5 dibekalkan kepada P, baki 3/5 telur itu sudah tentu dibekalkan kepada Q.
            [2/5 (kedai P)  + 3/5 (Kedai Q)] = 5/5  = 1
       iii) Bilangan telur kepada kedai Q adalah 
            = 3/5  x  900
            = 3 x 900       =      2 700
                   5                         5
                        5 4 0
            =  5 | 2 7 0 0
                     2 5
                        2 0
                        2 0
                        .  .  0
                              0
                              .
Jawapannya adalah B. 540

S19. Harga sebuah buku ialah RM 8.50. Halimah mendapat potongan harga sebanyak RM 1.70 bagi setiap buku yang dibeli.
Berapakah jumlah harga yang perlu dibayar oleh Halimah untuk membeli 30 buah buku itu?
 A.   RM 51    B. RM 204    C. RM 255    D. RM 306

J19.  i) Setiap buku Halimah membayar RM8.50 - RM1.70 = RM  6.80
        ii) Bagi 30 buah buku, Halimah membayar 30 x RM 6.80

                     6 . 8 0
                x        3 0
                     0   0 0
              2  0 4   0    
              2  0 4 . 0 0       

     Nota : Pastikan titik perpuluhan di bawa terus kebawah mengikut soalan.
Jawapannya adalah B. RM 204

S20. Jadual 1 menunjukkan bilangan murid dalam lima kumpulan yang menaiki bas atau basikal ke sekolah.

      Kumpulan                              Bilangan Murid
                                    Menaiki Bas           Menaiki Basikal

     Maju                             40                             0
     Tekun                           36                             5
     Rajin                             32                             5
     Jaya                              30                            12
     Cekal                            22                            18

Berapakah peratus bilangan murid yang menaiki bas daripada jumlah murid itu?

J20.  i) Dapatkan jumlah keseluruhan murid
                   Bas                    +       Basikal            = Jumlah murid
           (40+36+32+30+22)  + (0+5+5+12+18)    = 200      
        ii) Dapatkan jumlah murid menaiki bas
             40+36+32+30+22 =  160  Cara pertama
             663 -  Basikal =    200 - 40   = 160 Cara Kedua
      iii) Cari peratus naik bas daripada jumlah murid
      
             Jumlah murid naik bas            x  100   ===>    160     x   100
                 Jumlah murid                                                200
 
         ===>   16    x  100    ===>  4    x   100   ===>  400/5  = 80%
 
      Jawapannya adalah D.80%

Bersambung.............
Sekiranya ada kemusykilan, sila kemukakan diruangan komen...

0 comments:

Post a Comment