Monday, June 20, 2011

Kata-Kata Hikmat III

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

(Khas buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM)


Pada ketika anda semua sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM, adalah baik kiranya dapat kita renungkan sejenak kata-kata hikmat ataupun tips-tips yang keluar daripada mulut manusia-manusia terbilang di zaman mereka masing-masing. Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.
1) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

2) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)

3) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)

4) Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)

5) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)

6) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)

7) Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

8) Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)

9) Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

10) Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)

11) Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)

12) Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)

13) Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)

14) Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)

Selamat Maju Jaya. Sekian

0 comments:

Post a Comment