Monday, June 13, 2011

Add Math: Antara Susah & Sikap Kita

Tips Skema Soalan UPSR / PMR /SPM
Satu artkel yang baik yang di salin daripada blog http://ordinaryguy92.wordpress.com/

 Huh..pasti ada yang kata kali ni saya kemukakan tajuk ni sebab saya ni pandai add math…tidak! tidak sama sekali. Saya akui memang saya meminati subjek ni dan alhamdulillah boleh la juga kuasai subjek ni. Namun bukan sebab tu saya nak berbicara tentang tajuk ni.. sebaliknya saya nak merungkai apa sebenarnya masalah di sebalik masalah kebanyakan pelajar dalam mempelajari subjek ni.

Subjek ni memang diakui ramai pelajar sebagai antara subjek paling susah dan gila. Malah pelbagai gelaran yang diberikan kepadanya seperti ‘killer subject’. Saya tak nafikan memang mempelajari subjek ni begitu mencabar sebab ia menguji kekuatan minda dan psikologi pelajar. Saya sendiri pun ketika mula2 belajar add math selepas PMR dulu pun terasa ‘aneh’ dengan subjek ni..”Eh…subjek apa ni? Betul ke matematik? Tak macam matematik pun…”. Barangkali ada yang terfikir macam tu juga masa mula2 belajar subjek ni juga…Kepelikan yang dirasai tu berterusan untuk beberapa hari, maklum la bab pertama pun memang pelik kan? Function…fungsi? fungsi apa? Alhamdulillah…semakin lama belajar, semakin faham akan apa yang dipelajari diiringi dengan doa dan latihan yang berterusan.


Persoalannya sekarang, benarkah subjek ni memang susah gila? Atau sebenarnya sikap kita yang susah gila nak diubah? Tanya la diri masing2..Saya sendiri pun dah lalui kesusahan belajar subjek ni masa awal2 duilu..tapi lama2 rasa ok. So bermain dalam fikiran saya, “Oh..tak susah mana pun sebenarnya add math ni seperti mana yang banyak orang kata tu..awal2 tu pening juga tak berapa faham”. Sebenarnya, subjek apa pun yang dipelajari di peringkat sekolah, bukan susah mana pun. Bukan pula kata senang! Yang menjadikannya susah gila tu siapa? Sikap kita yang negatif la yang buatkannya terasa susah gila..sudah la negatif, nak ubah pun susah gila. Ye tak?

Oleh sebab itu, kita tak hairan la ada pelajar yang tuisyen add math saja 4 jam seminggu namum fail dalam exam..eh kenapa pula? Tak cukup ke 4 jam tu? Ni bukan soal cukup tak cukup ya. Pencapaian kita dalam exam bukan bergantung kepada berapa lama kita study, tapi sejauh manakah kesan study tu. Kalau kita study sejam tapi faham sungguh2 lebih baik daripada study 4 jam tapi entah faham ke tak. Antara sikap negatif yang mesti diubah oleh pelajar ialah malas bertanya bila tak faham sesuatu ilmu ataupun tak dapat selesaikan soalan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Tidak ada ubat bagi kebodohan melainkan bertanya” – Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad
Jadi tak ada jalan lain kalau hadapi dua situasi tadi melainkan kita bertanya kepada orang yang tahu. Orang yang ditanya pula, jangan buat berlagak pula tak nak tolong ajar orang yang bertanya tanpa alasan yang munasabah.
Dari Abu Hurairah R.A katanya,: “Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, lalu ia menyimpannya-yakni tidak suka menerangkan yang benar, maka dia akan diberi kendali – di mulutnya – kelak pada hari kiamat dengan kendali daripada neraka” – Hadis Riwayat Imam Abu Daud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan. ( Kitab Riyadhus Solihin karangan Imam An Nawawi )
Apabila sudah ditanya, maka kenalah faham sungguh2 explaination yang diberikan..kalau tak faham lagi..tanya..tanya dan terus tanya sampai faham..bukan buat2 faham.Buat2 faham pun, siapa yang rugi? Namun, terdapat ramai ‘pemalu’ untuk bertanya. Seolah2 berlagak pandai atau sebahagian pakar motivasi istilahkan sebagai ‘bodoh sombong’. Ingatlah, malu bertanya sesat jalan. Sikap macam ni sangat perlu ditangkis dalam diri kita dalam menuntut ilmu, bukan hanya dalam belajar add math. Walau bagaimanapun, sebagai insan yang lemah kita kena la banyak berdoa kepada ALLAH agar kita mudah fahami ilmu. Oleh itu, tak hairanlah kalau kita susah fahami ilmu sebab kita jauh dengan ALLAH. Siapa kita kalau hidup tanpa ALLAH? Kita ni hebat sangat ke? Kita nak minta tolong dengan ALLAH bila nak exam atau lepas exam saja? Tengah belajar berlagak hebat tak perlukan-Nya? Ketahuilah, kita dapat fahami ilmu, cemerlang dan berjaya dalam hidup atas kurniaan dan izin ALLAH.

Satu lagi sikap yang mesti dibuang oleh pelajar ialah putus asa. Apabila ditanya kepada sesetengah pelajar, kenapa malas buat latihan padahal untuk kuasai matematik mesti banyak buat latihan. Apa agaknya jawapan yang diberikan? “Malas laa…kalau buat, semua jawaban mesti salah..tension maa..baik tak payah buat..”. Ramai..ternyata ramai pelajar yang bermentaliti rendah macam ni. Sebelum buat latihan, pastikan kita dah faham betul2 konsep dan ilmu dalam sesuatu topik atau bab yang nak dijawab tu. Bukannya tak faham tapi nak buat latihan. Memang sah la akan salah kesemuanya. Ye tak? Jadi semasa belajar, kena tanya la bila tak faham dan tanya tu sampai faham. Dah faham, baru la buat latihan. Kena rajin buat latihan dan bila selalu salah, jangan putus asa! Mesti think positively. Ambil insiatif tanya orang yang tahu dan pastikan kita faham explaination dia. Tu saja.
Malangnya, ada satu fenomena yang sangat teruk bagi saya yang berlaku kepada ramai juga pelajar . Apa dia? Sudah la tak faham akan apa yang dipelajari, bila diberikan kerja rumah, diorang tiru jawaban kawan2 diorang sekelas kelas yang faham dan dapat jawab. Bila cikgu check kerja rumah diorang, terasa happy go lucky sungguh la sebab pelajarnya faham akan apa yang diajarnya. Namun bila dah tiba exam, meniru dalam exam pula! Bukan semua tapi segelintir saja..yang lain2 yang pening juga tapi tak meniru dalam exam macam mana? Dapat result teruk la…Maka terkejut besar la cikgu yang pada awalnya ‘syok sendiri’ kononnya semua pelajarnya faham akan apa yang diajarnya padahal hanya segelintir saja yang faham. Siapa yang rugi sebenarnya dalam situasi diatas? Cikgu atau pelajar? Lu fikir la sendiri…

Konklusinya, bukannya susah mana pun subjek add math ni..tetapi masalahnya sikap kita dalam belajar tu yang menyukarkan kita untuk kuasainya. Ingat, subjek ni diambilkira dalam pengiraan merit untuk kemasukan ke IPTA bagi pelajar aliran sains. Akhir kalam, semuanya bergantung pada diri kita. Positifkan sikap kita. Jangan biarkan kita terus lemah dalam subjek ni. Usah putus asa dalam menuntut ilmu sebab tu asam garam kehidupan. Mohonlah bantuan ALLAH senantiasa dalam menyusuri kehidupan ni. Insya ALLAH, mudah2han semoga kita berjaya kuasai subjek yang memang menarik ni!

0 comments:

Post a Comment