Monday, June 27, 2011

Modul Sejarah SPM

Tips Skema UPSR / PMR/ SPM
Diambil daripada  http://cikgusejarah.blogspot.com/2008/05/subjek-sejarah-pmr-dan-spm.html
Terima Kasih buat Cikgu Zamri Talib

Ramai pelajar sekarang kurang berminat dengan subjek sejarah, Kenapa pekara ini terjadi? Kebanyakan pelajar tidak berminat untuk membaca atau mengkaji sejarah... Jika mereka membaca buku sejarah hanya sekejap sahaja....lepas itu mulai terlena.

Mengapa jika membaca buku novel ( Novel Cinta ) Buku setebal 200 muka surat hanya dihabiskan dalam 1 malam sahaja. Semua peristiwa di dalam novel tersebut diingat oleh pelajar?

Jika pelajar membaca buku sejarah seperti mana minat mereka membaca novel, saya pasti mereka akan mendapat result yang baik didalam matapelajar sejarah

Friday, June 24, 2011

Contoh Karangan Syarahan : Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Masyarakat

Tips Skema UPSR / PMR /SPM
Dipetik daripada www.zanariah.myportal.my

Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua pihak. “Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti.

Monday, June 20, 2011

Kata-Kata Hikmat III

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

(Khas buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM)


Pada ketika anda semua sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM, adalah baik kiranya dapat kita renungkan sejenak kata-kata hikmat ataupun tips-tips yang keluar daripada mulut manusia-manusia terbilang di zaman mereka masing-masing. Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.
1) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)

2) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)

3) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)

4) Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)

5) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)

6) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)

7) Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

8) Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)

9) Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

10) Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)

11) Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)

12) Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)

13) Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)

14) Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)

Selamat Maju Jaya. Sekian

Thursday, June 16, 2011

Membaca Secara Berkesan

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

Membaca Secara Berkesan
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat.  Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk.  Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya.   Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar.  Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati.  Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.
Persediaan Sebelum Membaca.
Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.
  1. Pilih masa belajar yang sesuai.  Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan.  Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang.  Wastu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.
  2. Pilih suasana yang sesuai.  Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.
  3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.
  4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.
     
Pelbagai Cara Membaca. 
Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan.
  1. Membaca untuk hiburan.  Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi.  Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya.
  2. Membaca untuk mencari maklumat tertentu.  Ada ketikanya anda membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja.  Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari.  Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat.  Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada.

Monday, June 13, 2011

Add Math: Antara Susah & Sikap Kita

Tips Skema Soalan UPSR / PMR /SPM
Satu artkel yang baik yang di salin daripada blog http://ordinaryguy92.wordpress.com/

 Huh..pasti ada yang kata kali ni saya kemukakan tajuk ni sebab saya ni pandai add math…tidak! tidak sama sekali. Saya akui memang saya meminati subjek ni dan alhamdulillah boleh la juga kuasai subjek ni. Namun bukan sebab tu saya nak berbicara tentang tajuk ni.. sebaliknya saya nak merungkai apa sebenarnya masalah di sebalik masalah kebanyakan pelajar dalam mempelajari subjek ni.

Subjek ni memang diakui ramai pelajar sebagai antara subjek paling susah dan gila. Malah pelbagai gelaran yang diberikan kepadanya seperti ‘killer subject’. Saya tak nafikan memang mempelajari subjek ni begitu mencabar sebab ia menguji kekuatan minda dan psikologi pelajar. Saya sendiri pun ketika mula2 belajar add math selepas PMR dulu pun terasa ‘aneh’ dengan subjek ni..”Eh…subjek apa ni? Betul ke matematik? Tak macam matematik pun…”. Barangkali ada yang terfikir macam tu juga masa mula2 belajar subjek ni juga…Kepelikan yang dirasai tu berterusan untuk beberapa hari, maklum la bab pertama pun memang pelik kan? Function…fungsi? fungsi apa? Alhamdulillah…semakin lama belajar, semakin faham akan apa yang dipelajari diiringi dengan doa dan latihan yang berterusan.

Friday, June 10, 2011

UPSR 2009 Matematik 2 Tips Serta Skema

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

UPSR 2008 Matematik 2 Tips Serta Skema

S.1

J.1       Puluh Ribu   Ribu    Ratus     Puluh     Sa
                  3             8         4            8          2

Digit 4 di dalam nombor di atas membawa nilai ratus iaitu 400

S.2

J.2 Lihat gambar jarum panjang berada pada angka 2

S.3

J.3 Empat ratus dua perpuluhan tiga lima

Tuesday, June 7, 2011

UPSR 2009 Matematik 1 (Soalan 21-40) Tips Serta Skema

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

UPSR 2009 Matematik 1 (Soalan 21-40) Tips Serta Skema

S.21

J.21 i) Untuk menyelesaikan soalan ini, cari bilangan mangsa di Indah dan Suria. Kemudian bandingkan ketiga-ketiga tempat tersebut dengan jawapan A,B, C dan D untuk mendapatkan jawapan yang benar.

a) Jaya  =  15 476 mangsa
b) Indah = Bilangan Jaya - 2253 = 15 476 - 2253 =  13 223
c) Suria = 1   x  Jaya   = 1   x  15 476
                 2                    2
             = 7 738
ii) Daripada pernyataan A,B, C dan D, pernyataan A adalah benar.
Jawapannya : A. Suria mempunyai bilangan mangsa yang paling sedikit

S.22

J.22 i) Kira Jumlah lencana bagi Kelvin dan Jeya dahulu
Jumlah Kelvin = 300
Jumlah Jeya = 300  +  1 x 300
                                    4
                   = 300 + 75  = 375
ii) Jumlah baru Kelvin setelah memberi 3 lencananya kepada Halim
                                                                5
                  =  2  x 300
                      5
                 = 120
iii) Jumlah Kelvin dan Jeya menjadi
                =  120 + 375
                =  495
Jawapannya : B 495

S.23

J.23 i) Kira jumlah yang tinggal selepas 2 diberi kepada adiknya
                                                                5
       3   x  840
       5
 =  504
ii) Kira bilangan guli yang tinggal selepas 1 daripada jumlah yang tinggal diberi kepada Ratnam
                                                                    4
   3  x 504 
   4
= 378 biji guli yang tinggal

Jawapannya : A 378

Thursday, June 2, 2011

UPSR 2009 Matematik 1 (Soalan 1-20) Tips Serta Skema

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
UPSR 2009 Matematik 1 (Soalan 1-20) Tips Serta Skema
S.1
J.1
  i) 823 640  è  digit 3 membawa maksud  3 000
     630 762 è digit 3 membawa maksud  30 000
    126 305 è digit 3 membawa maksud        300
   548 073 è digit 3 membawa maksud             3
ii) Dengan menggunakan nilai digit-digit 3 tersebut mengikut rumah masing-masing,
    Puluh Ribu      Ribu    Ratus    Puluh    Sa
              0               3           0           0          0
              3               0           0           0          0
              0               0           3           0          0
              0               0           0           0          3
              3               3           3           0          3
Jawapannya  C: 33 303  
S.2


J.2
i)                           Juta     Ratus Ribu   Puluh Ribu   Ribu    Ratus     Puluh   Sa
      8.0 juta  =       8                 0                 0                  0          0            0          0    J
      0.8 juta =        0                 8                 0                  0          0            0          0    K
     0.08 juta =       0                 0                 8                  0          0            0          0    L
   0.008 juta=        0                 0                 0                  8          0            0          0    M
ii)   Jika dilihat, kad L menunjukkan nilai digit 8 berada pada nilai tempat puluh ribu.
Jawapannya C: L        

S.3


J.3
i) Ringgit terdekat bermaksud sa yang terdekat.
   Oleh itu, RM 568.35 kepada ringgit terdekat akan menjadi RM 568.00 kerana 0.35 kurang daripada separuh iaitu 0.50
Jawapannya : B. RM 568