Thursday, October 7, 2010

Lagi Cara Menangani Stress

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

6. Membentuk pengurusan masa yang baik.

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

Monday, September 20, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR kepada adik-adik yang berada di tahun 6. Saya mendoakan agar adik-adik semua dikurniakan ketenangan hati ketika menjawab soalan UPSR dan seterusnya berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan ini. Amin

Friday, September 3, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam.
Bagi adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 21 haribulan yang akan datang, saya suka berpesan beraya beraya juga, tapi fokus kena tetap fokus.   

Wassalam

Monday, August 23, 2010

Tips – Tips Kejayaan Dalam Peperiksaan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.


1. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

o kita ingat 10 % apayang dibaca

o kita ingat 20% apa yang didengar

o kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

o kita ingat 70% apa yang dicakapkan

o kita ingat 90% setelah dipraktikkan

2. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

3. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

Monday, August 16, 2010

Tips-tips Cemerlang dalam Peperiksaan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat UPSR, PMR, SPM mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-


Sebelum Peperiksaan :

• Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

Monday, August 9, 2010

Tips peperiksaan (Buat Calon Peperiksaan UPSR / PMR /SPM)

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Dalam artikel kali ini, penulis akan cuba menjelaskan tips tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan menjelang peperiksaan :

YANG BOLEH :

Rancang ulangkaji masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji.
Rancang jadual ulang kaji anda secara tersusun.Mintak nasihat guru kelas atau guru kaunseling untuk membantu anda menyusun jadual ulang kaji anda jika tidak mampu atau tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.
Anda juga boleh meminta pandangan daripada rakan-rakan anda yang berjaya. Lihat bagaimana mereka yang cemerlang ini menyusun jadual ulang kaji. Mungkin boleh dijadikan contoh.

Tuesday, August 3, 2010

7 Tips Cemerlang Dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Assalamulaikum wbt kepada semua, di sini terdapat beberapa tips untuk cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM tidak lama lagi. Selamat membaca


1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Monday, July 26, 2010

Cara Nadiah Mendapat 19 A Dalam SPM

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




BELAJAR secara berjadual dan fleksibel merupakan rahsia pencapaian cemerlang Nadiah Amirah Jamil, 18, sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 dengan memperoleh 19 A.


Lebih-lebih lagi, beliau terpaksa belajar sendiri lapan mata pelajaran tambahan yang diambil bagi mencapai impian memecahkan rekod idolanya, Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004.

Lapan mata pelajaran tambahan yang terpaksa beliau belajar sendiri ialah Ekonomi Asas, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran as-sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains, Geografi, Sastera dan Perdagangan.

Sebelas lagi mata pelajaran yang diambil ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam, English For Science and Technology (EST) dan Prinsip Perakaunan.

Wednesday, July 21, 2010

Tips-tips Mengulangkaji Sejarah

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Oleh Cikgu Rashman

 Setiap pelajar sudah tentu mempunyai strategi dan yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran. Biasanya strategi seseorang pelajar tidak serupa dengan strategi pelajar yang lain. Ia bergantung kepada keupayaan individu, persekitaran, pengalaman calon menduduki ujian atau peperiksaan yang lalu dan sebagainya.


Teknik atau strategi yang terbaik ialah yang selesa, sesuai, semula jadi dan anda fikir berkesan dengan cara anda! Oleh itu para pelajar hanya perlu membina strategi mengulang kaji pelajaran Sejarah berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut. Berikut adalah beberapa panduan atau teknik mengulang kaji mata pelajaran Sejarah (PMR,SPM & STPM).

• Mengetahui topik-topik penting.

Thursday, July 15, 2010

Tips-tips Cemerlang dalam Peperiksaan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat UPSR, PMR, SPM mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-

Sebelum Peperiksaan :

• Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

Tuesday, July 6, 2010

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

PENDAHULUAN


Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan. Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani. Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........

"AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.

PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Monday, June 28, 2010

Pelajar Cemerlang

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR ataupun SPM tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

Tuesday, June 22, 2010

INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi tips dengan pelajar-pelajar sekalian tentang bagaimana hendak meningkatkan motivasi diri anda. Ada ketikanya kita seakan hilang motivasi diri ketika sibuk membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR dan tidak ketinggalan juga SPM. Sama-samalah kita renungkannya.
1. Kejayaan saya di masa depan, ditentukan oleh tindakan saya sekarang , bukan prestasi saya masa lalu.
2. Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya. Ya, saya sendiri bukannya orang lain.

Wednesday, June 16, 2010

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa tips yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan khususnya peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM .

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
• Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.

Friday, June 11, 2010

TEKNIK BERKESAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan di dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM. Kebolehan sepanjang persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur usaha anda selama ini.
JENIS-JENIS PERSEDIAAN
1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan

Wednesday, June 9, 2010

Cara Belajar Yang Betul

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Di dalam keadaan sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM, pernahkah kita bertanya kepada diri kita, “Betulkah cara aku belajar ni?”. Di dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi tips cara belajar yang betul. Semoga ianya bermanfaat untuk adik-adik.
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Monday, June 7, 2010

Tips Agar Tampil Percaya Diri

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Kejayaan sesorang pelajar di dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM sedikit sebanyak ada dipengaruhi oleh sikap. Sikap yang positif boleh menghasilkan keputusan yang cemerlang. Banyak ahli yang mengatakan bahwa percaya diri adalah modal yang sangat penting untuk meraih kejayaan. Ini juga yang akan membezakan di antara pemenang dan orang yang kalah.
Percaya diri merupakan sikap positif seseorang yang mampu mengembangkan penilaian positif, baik terhadap diri sendiri mahupun terhadap lingkungan dan situasi yang dihadapinya. Bukan bererti ia adalah mampu dalam segala hal.
Ia tetaplah manusia dengan segala keterbatasannya, namun pada masa yang sama ia merasa memiliki kompetensi, yakin, mampu dan percaya bahwa dia boleh melakukannya. Hal ini semata-mata didukung oleh pengalaman, potensi aktual, prestasi serta harapan yang realistik terhadap diri sendiri.
Ingat, setiap orang itu berbeza, dengan keistimewaannya masing-masing. Kesedaran akan perkara ini akan membantu Anda untuk mengungkap keistimewaan yang Anda miliki. Hal ini akan mendorong Anda untuk bangkit dan bergerak dengan percaya diri, merumuskan cita-cita hidup dan mendukung tercapainya cita-cita tersebut.

Friday, June 4, 2010

Tips-Tips Meningkatkan Motivasi Belajar

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Motivasi belajar tidak akan terbentuk apabila orang tersebut tidak mempunyai keinginan, cita-cita, atau maklum manfaat belajar bagi dirinya. Justeru, jika kita ingin berjaya di dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM, kita perlu ada semangat, cita-cita ataupun keinginan untuk berjaya. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi cara-cara yang boleh difikirkan untuk meningkatkan motivasi diri anda. Semoga ianya bermanfaat untuk renungan pelajar-pelajar sekalian.
Berikut disertakan tips-tips yang perlu ada pada diri kita untuk meningkatkan motivasi belajar:

Wednesday, June 2, 2010

3 Mindset Orang Yang Berjaya

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




Kejayaan bagi seorang pelajar selalu difokuskan kepada mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang besar seperti UPSR, PMR ataupun SPM. Sudah semestinya orang berjaya akan ada sikap berlainan dan perangai berlainan. Walaupun takrifan kejayaan itu mempunyai skop yang luas, namun kejayaan seseorang itu ada kaitan dengan sikap seseorang individu tersebut. Di dalam tips pelajar hari ini, saya ingin berkongsi petua tentang mindset orang yang berjaya. Selamat membaca.


Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:

1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.

Monday, May 31, 2010

7 Cara Cemerlangkan Otak

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




Untuk cemerlang di dalam peperiksaan penting seperti UPSR,PMR mahupun SPM, selain daripada persediaan yang rapi, pelajar juga perlu melatih otak agar sentiasa cemerlang dan sekaligus dapat meningkatkan keupayaan daya ingatan. Di dalam tips hari ini, saya ingin berkongsi cara-cara bagaimana kita dapat Mebggunakan otak dan seterusnya dapat meningkatkan daya ingatan kita. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita amnya dan para pelajar khasnya.

7 Cara Cemerlangkan Otak

1. Positive mental attitude & positive physical action.

2. Air-clean air for the brain.
3. Mental Challenges for the brain.
4. Food for the brain.
5. Exercise for the brain.
6. Sleep for the brain.
7. Meditation & power brain./

Thursday, May 27, 2010

Motivasi Belajar – 6 Tips Hilangkan Rasa Gemuruh Ketika Peperiksaan (Buat pelajar UPSR, PMR, SPM)

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




Setiap orang yang menghadapi peperiksaan khasnya peperiksaan yang penting seperti UPSR, PMR mahupun SPM pastinya berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Itu semua sebenarnya emosi negatif. Kita kena tukarkannya menjadi emosi positif, emosi tenang. Kita kena hilangkan rasa gemuruh. Rasa gemuruh tersebut biasanya datang walaupun kita sudah bersedia dengan dengan persediaan yang rapi. Bak kata orang, persediaan kita sangat rapi hingga setiap jawapan kita ibarat skema jawapan.
Bagaimana caranya? Berikut adalah 6 cara atau tips untuk membuat Anda tenang sebelum exam bermula. Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM yang akan datang

1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.

Wednesday, May 26, 2010

Tips Skema UPSR hari ini : BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.

Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik.


BAHAGIAN TATABAHASA
Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa.

Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami makna atau maksudnya terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan.

Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa.


A. Faham
Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut. Baca Seterusnya...

Monday, May 24, 2010

Tips Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




Dalam artikel kali ini, saya akan mendedahkan rahsia pengurusan masa oleh pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM. Semoga ianya bermanfaat untuk adik-adik semua untuk dijadikan panduan.

1. Masa sebelum tidur, masa berbaring sebelum tidur.
Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam.
Gunakan teknik No 1.
3. Masa bangun tidur. Subuh/Pagi
Bayangkan pelajaran semalam

Friday, May 21, 2010

Tips Belajar Secara Berkumpulan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



(Tips khas buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM)

Tidak dapat dinafikan apa saja aktiviti jika dilakukan secara berkumpulan atau jemaah akan membuahkan hasil yang lebih baik. Hinggakan solat jika dilakukan secara berjemaah akan mendapat ganjaran 27 kali lebih daripada solat yang dilakukan sendirian. Begitu juga dengan cara kita belajar untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR ataupun SPM. Jika dilakukan secara berkumpulan dengan cara yang betul, ia sedikit sebanyak mampu membuahkan hasil yang memberangsangkan. Di dalam artikel kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit kaedah- kaedah dan faedah-faedah belajar secara berkumpulan.

Thursday, May 20, 2010

Kata-Kata Hikmat

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



(Khas buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM)


Pada ketika anda semua sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM, adalah baik kiranya dapat kita renungkan sejenak kata-kata hikmat ataupun tips-tips yang keluar daripada mulut manusia-manusia terbilang di zaman mereka masing-masing. Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier

Wednesday, May 19, 2010

Tips Kepentingan Mengulangkaji

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Ketika para pelajar sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan yang penting seperti UPSR, PMR mahupun SPM, sama ada suka atau tidak, mereka harus tekun dan berterusan melakukan ulangkaji terhadap setiap subjek yang diambil. Tidak dapat dinafikan, ulangkaji yang berterusan mampu membuahkan hasil yang diharapkan ketika kita menjawab soalan peperiksaan. Pada artikel kali ini penulis ingin berkongsi tips - tips berkenaan faedah-faedah yang boleh didapati melalui ulangkaji. Semoga adik-adik semua mendapat manfaat daripada artikel ini dan sekaligus mampu menaikkan semangat adik-adik untuk mengulangkaji pelajaran. Antara faedah yang boleh diperolehi ialah:

1) Dapat memperkukuhkan daya ingatan
2) Dapat menambahkan kefahaman konsep
3) Dapat menghubungkaitkan fakta sesuatu tajuk dengan tajuk yang lain
4) Dapat menambah dan melengkapkan fakta melalui rujukan
5) Dapat meningkatkan prestasi pencapaian proses pembelajaran
6) Dapat meningkatkan minat terhadap pembelajaran
7) Dapat mententeramkan jiwa

Tuesday, May 18, 2010

Petua tangani stress apabila marah

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Ketika bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang besar seperti UPSR, PMR mahupun SPM, kita hendaklah sentiasa fokus. Walau bagaimanapun, ada ketikanya fokus boleh hilang kerana keadaan yang tertentu. Antaranya keadaan marah. Tips hari ini akan membicarakan tentang bagaimana hendak menangani stess ketika marah.
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat tertekan. Ia dialami semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Apabila keterlaluan, berpanjangan dan tidak mampu mengawalnya akan membawa kepada kemarahan.

Perkara harus dilakukan apabila marah:

Thursday, May 13, 2010

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




Untuk berjaya di dalam peperiksaan yang besar seperti UPSR /PMR / SPM, sudah semestinya faktor penjagaan kesihatan badan perlu dititikberatkan. Sekiranya badan tak sihat, bagaimana kita hendak belajar dan seterusnya bagaimana kita mampu untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Cuba lihat tips-tips amalan pemakanan sihat di bawah.

Wednesday, May 12, 2010

Cara Hendak Dapat A Dalam Peperiksaan UPSR/PMR/SPM

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM





BELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajar dengan hanya tertumpu pada buku sahaja kadangkala mungkin juga membosankan. Di antara tips untuk mengambil peperiksaan besar seperti UPSR/PMR/SPM adalah digalakkan murid harus mempelbagaikan bahan, kaedah dan gaya belajar agar ianya menjadi aktiviti harian yang mampu dijalankan tanpa terasa sebagai bebanan.

Bahan - terdapat pelbagai bahan belajar yang boleh digunakan termasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik, lakaran peta minda, bahan audio, video, animasi serta bahan dari internet. Bahan seumpama ini boleh diperoleh daripada pusat sumber sekolah atau negeri, kedai buku, kedai video dan sebagainya. Bahan yang
mempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarik perhatian kita serta mampu mengekal dan menambahkan daya ingatan terhadap fakta-fakta yang dipelajari.

Monday, May 10, 2010

Cara Belajar Sains Yang Betul

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM





Di Malaysia khususnya tidak kira peperiksaan besar seperti UPSR, PMR mahupun SPM , ramai murid merasakan subjek Sains adalah susah. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik & mudah dipelajari sekiranya dilakukan dgn cara yg betul. Berikut adalah beberapa tips, skema dan cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.


a) Buat ulangkaji selalu.
• jgn biarkan topik2 bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tdk menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji.

Friday, May 7, 2010

PETUA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM


PETUA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR


Berikut adalah tips-tips yang boleh dipraktikkan ketika hendak menghadiri peperiksaan, tidak kira UPSR, PMR, SPM atau apa-apa jua jenis peperiksaan yang hendak diambil. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda

1) Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.


2) Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

3) Tenang dan percayakan diri anda.

Thursday, May 6, 2010

Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab Soalan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM


Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab Soalan


Ketika menjawab soalan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, kita tidak terlepas dari  melakukan kesilapan sama ada disedari atau tidak. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips berguna buat renungan calon-calon yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya.
Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua.

• Over Confident


• Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan

• Tulisan yang tidak kemas

• Tergesa-gesa

Wednesday, May 5, 2010

Tips menjawab Soalan Objektif @ Aneka pilihan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM

Tips menjawab Soalan Objektif @ Aneka pilihan

Biasanya di dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR SPM dan sebagainya, ada dua jenis soalan yang dikemukakan dalam bentuk subjektif atau objektif. Bagi soalan yang berbentuk subjektif,  selain daripada persediaan yang mencukupi, kemahiran mengetahui skema jawapan adalah suatu perkara yang amat penting bagi memastikan kita tidak kehilangan markah mudah. Tetapi kali ini penulis ingin berkongsi pula tips-tips cara menjawab soalan objektif @ aneka pilihan. Semoga ianya bermanfaat untuk dijadikan renungan.

Cara Menjawab Soalan Objektif

1. Tunggu sehingga soalan diberikan.
2. Jangan buka soalan sehingga dibenarkan untuk berbuat demikian.
3. Dengar dengan teliti arahan ketua pengawas.

Apabila masa menjawab telah bermula

1. Baca kalimah Basmallah.
2. Buka buku soalan. Baca soalan dengan teliti
3. Tandakan kata kunci bagi soalan tersbut
4. Buat pengiraan (jika berkaitan), rujuk petikan (jika berkaitan),
5. Buat pilihan jawapan yang paling tepat
6. Hitamkan jawapan yang telah dipilih di kertas jawapan (JOB) dengan sempurna