Wednesday, May 5, 2010

Tips menjawab Soalan Objektif @ Aneka pilihan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM

Tips menjawab Soalan Objektif @ Aneka pilihan

Biasanya di dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR SPM dan sebagainya, ada dua jenis soalan yang dikemukakan dalam bentuk subjektif atau objektif. Bagi soalan yang berbentuk subjektif,  selain daripada persediaan yang mencukupi, kemahiran mengetahui skema jawapan adalah suatu perkara yang amat penting bagi memastikan kita tidak kehilangan markah mudah. Tetapi kali ini penulis ingin berkongsi pula tips-tips cara menjawab soalan objektif @ aneka pilihan. Semoga ianya bermanfaat untuk dijadikan renungan.

Cara Menjawab Soalan Objektif

1. Tunggu sehingga soalan diberikan.
2. Jangan buka soalan sehingga dibenarkan untuk berbuat demikian.
3. Dengar dengan teliti arahan ketua pengawas.

Apabila masa menjawab telah bermula

1. Baca kalimah Basmallah.
2. Buka buku soalan. Baca soalan dengan teliti
3. Tandakan kata kunci bagi soalan tersbut
4. Buat pengiraan (jika berkaitan), rujuk petikan (jika berkaitan),
5. Buat pilihan jawapan yang paling tepat
6. Hitamkan jawapan yang telah dipilih di kertas jawapan (JOB) dengan sempurna


7. Jika tersalah PASTIKAN padam betul-betul jawapan terdahulu, hitamkan yang baru.
8. Elakkan kesilapan yang tidak disengajakan iaitu kesilapan ketika menghitamkan jawapan di kertas JOB. Jika pilihan jawapan A, pastikan hitamkan A di kertas JOB.
9. Semak semula jika telah selesai menjawab.
10. Jika terdapat keraguan pilihan jawapan semasa menyemak kekalkan dengan pilihan ASAL.
11. Tawakal kepada Allah jika masa menjawab telah tamat.

Tips Penting.

1. Tinggalkan soalan yang tidak dapat difahami /susah. (ingat, bulatkan dahulu soalan tersebut sebagai penanda dan bagi memudahkan anda untuk kembali semula kepada soalan tersebut)
2. Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu / senang
3. Langkah ini dapat menjimatkan masa.
4. Kembali semula ke soalan-soalan yang belum dijawab
5. Setiap kali timbul keraguan, bertenang adalah langkah terbaik.

Pesanan Penting

1. Sentiasa peka dengan MASA.
2. Pastikan kamu menggunakan masa yang diperuntukkan sepenuhnya.
3. Jangan lakukan aktiviti lain selain dari memberikan tumpuan kepada menjawab soalan seperti, MELUKIS, TIDUR, Ke tandas tanpa tujuan..
4. Hargailah peluang yang diberikan kepada kamu....

2 comments:

e hantu.com said...

Tahun ini saya UPSR....Doakan saya berjaya ye...Khalil Mubiin.

A H Rahmat said...

InsyaAllah. Jangan lupa petua ini.
1) Usaha bersungguh - sungguh.
2)Doa banyak-banyak kepada Allah.
3)Tawakkal dan berserah diri kepada Allah

Post a Comment