TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM
Untuk berjaya di dalam peperiksaan yang besar seperti UPSR /PMR / SPM, sudah semestinya faktor penjagaan kesihatan badan perlu dititikberatkan. Sekiranya badan tak sihat, bagaimana kita hendak belajar dan seterusnya bagaimana kita mampu untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Cuba lihat tips-tips amalan pemakanan sihat di bawah.
Yang pastinya , hargailah badan dan kesihatan kita. Jangan terlalu ingin menurunkan berat badan tanpa memikirkan tentang kesihatan dan lain lain faktor.
Jika terlalu stress dan setiap hari hanya memikirkan bagaimana untuk menguruskan badan dan asyik sering dok menimbang berat badan, maka berat badan juga akan lambat turun.
Jadi amalkan pemakanan yang sehat.
Dibawah ni cuba di perturunkan beberapa langkah yang agak senang dan memang sehat .Cuma bila saya bitau cara cara ni, kengkadang sesetengah tu berkata , tak dapat nak lakukan……hmmmm
1) Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
2) Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.
3) Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
4) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
5) Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
6) Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan
7) Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai.
8) Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.
0 comments:
Post a Comment