Tuesday, May 18, 2010

Petua tangani stress apabila marah

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Ketika bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang besar seperti UPSR, PMR mahupun SPM, kita hendaklah sentiasa fokus. Walau bagaimanapun, ada ketikanya fokus boleh hilang kerana keadaan yang tertentu. Antaranya keadaan marah. Tips hari ini akan membicarakan tentang bagaimana hendak menangani stess ketika marah.
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat tertekan. Ia dialami semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Apabila keterlaluan, berpanjangan dan tidak mampu mengawalnya akan membawa kepada kemarahan.

Perkara harus dilakukan apabila marah:

Menyedari yang anda sedang marah dan katakan ‘Saya sedang marah..’

Bertenang..kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap.

Kenal pasti kenapa anda marah.

Cuba dengan penjelasan orang lain.

Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hari atau menghukum orang lain.

Beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.

Membiasakan diri memaafkan dengan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

Fikir secara positif.

Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.

Belajar menyukai diri sendiri.

Belajar bertenang.

Adakan hobi.

Luangkan masa untuk beriadah.

Dapatkan tidur yang cukup.

Dapatkan teman untuk meluahkan masala

0 comments:

Post a Comment