Monday, May 10, 2010

Cara Belajar Sains Yang Betul

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM





Di Malaysia khususnya tidak kira peperiksaan besar seperti UPSR, PMR mahupun SPM , ramai murid merasakan subjek Sains adalah susah. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik & mudah dipelajari sekiranya dilakukan dgn cara yg betul. Berikut adalah beberapa tips, skema dan cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.


a) Buat ulangkaji selalu.
• jgn biarkan topik2 bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tdk menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji.


b) Belajar Sains setiap minggu.
• Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jgn asyik mempelajari subjek2 lain sahaja. Siapkan kerjarumah dan latihan yg diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.

c) Cuba buat semua bentuk soalan.
• Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jgn hanya memilih bentuk2 soalan yg disukai shj.

• Beli buku2 kerja yg memberikan model jawapan. Dgn cara begini, anda boleh membandingkan kawapan anda dgn contoh/model jawapan yg diberikan.

d) Beli buku2 soalan tahun2 lepas.
• Tujuannya adalah supaya anda dpt membiasakan diri dgn bentuk2 soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu ciri2 soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.

• Cuba jawab soalan2 ini selalu supaya secara tdk langsung anda akan tahu bentuk & ciri soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.

• Dgn cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dlm proses mencari jawapan, anda secara tdk langsung membaca & mempelajari fakta2 bg sesuatu tajuk.

e) Belajar secara teratur.
• Fungsi (bg setiap struktur spt sel, organ, bahan, anda mesti tahu apa fungsinya).

• Ciri2 (apa ciri2 proses tertentu dlm sel spt mitosis, meiosis...)

• Di mana (fikirkan ttg di mana sesuatu proses itu berlaku, sbg contoh fotosintesis)

• Contoh (mesti boleh memberikan contoh2 spesifik spt contoh2 asid)

• Kesan (banyak soalan yg akan bertanya ttg kesan yg mungkin berlaku bg sesuatu proses atau kejadian. Sbg contoh kesan baik & buruk penggunaan kimia dlm makanan atau penggunaan teknologi dlm kehidupan)

• Faktor (ketahui apa faktor2 yg boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian spt kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)

• Graf (kaji dan pelajari graf)

• Kenapa (selalu tanya diri anda mengapa. Sbg contoh mengapa darah boleh membeku, kenapa berlaku kejadian siang dan malam. Soalan2 begini membolehkan anda mencari jawapan atau penjelasan)

• Melukis & melabel (kaji diagram atau gambar dgn teliti. Buat latihan melukis dan melabelnya tanpa melihat diagram asal)

• Definisi (bila mempelajari sesuatu yg baru, pastikan anda tahu menyatakan atau menulis definisinya. Sbg contoh, apa maksud fotosintesis, apa maksud respirasi, dan sebagainya...)

Bila anda belajar Sains dgn cara yg betul dan sesuai, anda sebenarnya mula menjawab Sains dgn lebih baik. Persiapan yg rapi akan menambah lagi tahap penguasaan anda dlm Sains. Jadi, berusahalah dan teruslah mempelajari Sains. Seperkara lagi, tidak kira UPSR, PMR atau SPM dan sebagainya, cubalah mencari skema jawapan peperiksaan umum untuk subjek tersebut. InsyaAllah ia akan banyak membantu anda.

1 comments:

Anonymous said...

Thanks berguna sangat...

Post a Comment