Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Soalan - soalan serta Tips Dan Skema UPSR Matematik 2005 (Soalan 1-20)
S1. Antara nombor berikut, yang manakah apabila dibundarkan kepada ratus yang terdekat menjadi 200,000?
A. 199 909 B. 199 959 C. 200 059 D. 200 109
J1. A. 199 909 kepada ratus terdekat menjadi 199 900 sebab 909 lebih hampir kepada 900
199 900-----199 909 --------------199 950------------------------200 000
B. 199 959 kepada ratus terdekat menjadi 200 000 sebab 959 lebih hampir kepada 1000
199 900----------------------------199 950-----199 959 ----------200 000
C. 200 059 kepada ratus terdekat menjadi 200 100 sebab 059 lebih hampir kepada 100
200 000----------------------------200 050 ----200 059-------------200 100
D. 200 109 kepada ratus terdekat menjadi 200 100 sebab 109 lebih hampir kepada 100
200 100----200 109---------------200 150 -------------------------200 200
B adalah jawapannya.
S2. Rajah 1 menunjukkan suatu garis nombor
0.8 1.4 ____ P 3.2
Apakah nilai P ?
A. 1.8 B. 2.0 C. 2.2 D. 2.6
J2. i) Perhatikan turutan nombor dari kiri ke kanan atau sebaliknya? Dalam kes ini, saya mulakan dari kiri ke kanan. Turutan menaik
ii) Perhatikan adakah ia menaik dengan banyak atau sedikit? Jika banyak darab dan jika sikit tambah.
iii) Di dalam kes ini, kita mulakan dengan tambah.
0.8 + ____ = 1.4
0.8 + 0.6 = 1.4
iv) Teruskan tambah 0.6 ke petak seterusnya hingga akhir.
1.4 + 0.6 = 2.0 (Isikan di Petak ke tiga)
2.0 + 0.6 = 2.6 (Isikan di Petak ke empat)
2.6 + 0.6 = 3.2 (sama dengan nombor di petak terakhir)
v) Ini menunjukkan petak-petak tersebut menaik sebanyak 0.6 bagi setiap petak
Jelas menunjukkan P itu adalah 2.6 dan jawapannya adalah D
S3. Tukarkan 4% kepada nombor perpuluhan?
A. 4.0 B. 0.4 C. 0.04 D. 0.004
J3.
i) Apa maksud 4%? Maksudnya adalah 4 per 100 atau 4 bahagi 100. Dalam ayat matematiknya 4/100.
ii) Cara PERTAMA.Teruskan dengan penyelesaiannya:
0. 0. 0 0 . 0 4
100 / 4. 0 ==> 100 / 4. 0 ==> 100/ 4. 0 0
0 0 | 0 | |
4 0 4 0 |
0 0 |
4 0 0
4 0 0
. . .
iii) Jawapannya adalah C. 0.04
iv) Cara KEDUA. (shortcut) Sila ingat fakta ini.
Bahagi seratus, gerakkan 2 titik perpuluhan ke kiri 4.0 / 100 = 0.040
Bahagi seribu, gerakkan 3 titik perpuluhan ke kiri. 4.0 / 1000 = 0.0040
Darab seratus, gerakkan 2 titik perpuluhan ke kanan 4.0 x 100 = 400.0
Darab seribu, gerakkan 3 titik perpuluhan ke kanan 4.0 x 1000 = 4000.0
4 / 100 = 4.0 digerakkan dua titik perpuluhan ke kiri menjadikannya 0.04
Friday, February 11, 2011
Wednesday, February 9, 2011
Teknik Belajar Matematik
Teknik Belajar Matematik 1 Ada beberapa perkara yang kita boleh belajar tentang matematik. Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka
macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita
macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi
sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus
makin benci.
2, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.
3, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
4, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik.
Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan
lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.

Monday, January 31, 2011
33 Ciri Pelajar Cemerlang
1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

Wednesday, January 26, 2011
Amalan Pemakanan Nabi: Sihat dan Berkhasiat
Setiap tatacara dalam kehidupan kita seharusnya berpandukan al Quran dan as Sunnah. Ini kerana kedua- duanya merupakan batu asas yang menjadi pegangan kita sebagai umat Islam. Sunnah Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Dalam hal berkaitan pemakanan sekalipun, Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya. Pemakanan baginda lebih banyak mengambil daripada jenis biji- bijian, sayur- sayuran dan buah- buahan. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda adalah sihat dan berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Ini terbukti dari sudut pandangan sains bahawa pemakanan yang berasaskan bijirin, buah- buahan dan sayur- sayuran adalah baik dijadikan amalan.
Wednesday, January 12, 2011
Kalendar Peperiksaan Tahun 2011
TARIKH PEPERIKSAAN TAHUN 2011
Peperiksaan Tarikh
UPSR
(Ujian Bertulis) 13 - 15 September 2011 (3 hari)
PMR
(Ujian Bertulis) 4-6 Oktober 2011 (5 hari)
SPM
(Ujian Bertulis) 14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)
STPM
(Ujian Lisan) 20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
STPM
(Ujian Bertulis) 21 November 2011 - 15 Disember 2011
STAM
(Ujian Lisan) 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
STAM
(Ujian Bertulis) 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)
* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340

Kalendar Persekolahan Tahun2011
Buat adik-adik yan baru memulakan sesi persekolahan yang baru bagi tahun 2011, saya mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah.
Thursday, October 7, 2010
Lagi Cara Menangani Stress
Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.
1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
6. Membentuk pengurusan masa yang baik.
7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.