Wednesday, April 11, 2012

Tips Menjawab Soalan Karangan SPM

Tips Skema Soalan UPSR/ PMR / SPM

Tips Menjawab Soalan Karangan SPM

1) Karangan yang cemerlang hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut..
    a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan.
    b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup.
    c) Mempunyai idea yang tersusun. Iaitu isi yang penting didahulukan dan isi yang kurang penting   dikemudiankan.
   d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi pokok, huraian serta contoh yang sesuai.
   e) Menggunakan bahasa baku.
   f) Menggunakan ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan kata, pantun dan seumpamanya.
   g) Menggunakan 2 variasi ayat seperti ayat tanya, ayat songsang, ayat majmuk dan ayat pasif.
   h) Menggunakan 2 kosa kata berdarjat tinggi seperti anjakan paradigma, marcapada sering menyaksikan, dan sebagainya.
   i) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

2. Untuk memenuhi syarat-syarat tersebut, langkah pertama yang harus anda lakukan ialah berfikiran positif dan sentiasa menganggap setiap soalan yang dikemukakan adalah mudah dijawab. Sangkaan yang baik akan mewujudkan motivasi untuk menjawab soalan.

3. Kemudian, baca arahan sebanyak 2 kali sambil menggarisi kehendak soalan. Anda tidak perlu terikat dengan bahan rangsangan tetapi mesti terikat dengan kehendak soalan.

4. Anda perlu meneliti tajuk yang disediakan bersama dengan bahan rangsangan berkenaan atau mengaitkannya dengan kehendak soalan.

5. Anda hendaklah menganalisis bahan rangsangan yang diberikan dengan kritis dan analitis.

6. Seterusnya, sediakan rangka jawapan yang terdiri daripada pendahuluan, isi penting dan penutup.

7. Pastikan karangan yang ditulis berselang seli antara perenggan bagi memberi ruang kepada pemeriksa untuk mencatat sesuatu.

8. Satu perenggan isi mesti dimulakan dengan pernyataan isi dalam 1 ayat sahaja. Ayat seterusnya mestilah huraian daripada pernyataan isi. Seterusnya, anda perlu memberi contoh daripada huraian tadi. Ayat akhir bagi perenggan isi mestilah ayat kesimpulan bagi isi tersebut. Pastikan anda menulis 3 isi dalam 3 perenggan. Jangan sesekali mencampuradukkan beberapa isi dalam 1 perenggan.

9. Bagi perenggan akhir, anda perlu membuat kesimpulan bagi keseluruhan isi dan kehendak soalan.

10. Setelah selesai mengarang, anda perlu menyemak karangan dari segi ejaan, tanda baca, penanda wacana, dan struktur ayat.

11. Pastikan jumlah kata karangan anda itu dalam lingkungan jumlah kata yanag ditetapkan.
Peruntukan masa bagi menjawab soalan ini adalah seperti berikut:

Mambaca dan memahami arahan soalan         5 minit
Menyediakan rangka jawapan                         5 minit
Mengarang                                                     25 minit
Menyemak                                                       5 minit
Jumlah masa                                                  40 minit

Selamat Maju Jaya

0 comments:

Post a Comment