Thursday, March 22, 2012

Analisa dan Statistik Ringkas Keputusan SPM 2011

Tips Skema Soalan UPSR/ PMR /SPM

Salam sejahtera buat semua.
Akhirnya, debaran yang dialami oleh para pelajar lepasan SPM 2011 berakhir dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 pada hari ini. Saya percaya, hampir kesemua 468,808 pelajar yang menduduki SPM 2011 telah mengetahui keputusan masing-masing.
Pengumuman keputusan SPM 2011 telah dibuat secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Menurut beliau, seramai 559 calon SPM 2011 telah memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon adalah dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan. Gred Purata Nasional (GPN) juga bertambah baik kepada 5.04 berbanding 5.19 pada tahun 2010 iaitu yang terbaik dalam tempoh lima tahun.
Seperti biasa, ada beberapa kisah yang disiarkan oleh media berkaitan keputusan SPM kali ini iaitu pelajar cemerlang yang ingin sambung pengajian di Tingkatan 6, kejayaan dua pelajar kelainan upaya dan anak peneroka Felda di Johor.
Sumber berita disunting dan dipetik daripada BERNAMA


Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya di dalam peperiksaan SPM 2011 yang baru lalu. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Peluang masih belum tertutup, teruskan berusaha.

Selamat Maju Jaya

0 comments:

Post a Comment