Friday, March 30, 2012

Berkat air tangan ibu, Nur Nabilah dapat 9A+

Tips Skema Soalan UPSR /PMR/ SPM

KUANTAN - Kesungguhan ibu menjadi titik tolak kepada kejayaan Nur Nabilah Aisyah Mat Nawawi, 18, yang mendapat 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
Nur Nabilah berkata, setiap hari ibunya, Rohanizah Alias, 50, tidak pernah gagal menyediakan bekal untuk dibawa ke sekolah dan ayahnya Mat Nawawi Abd Ghani, 59, sentiasa memberi dorongan.
Malah, kesibukan tugas sebagai jururawat tidak menghalang ibunya ‘mencuri’ waktu menyediakan sarapan pagi itu.
“Saya percaya kepada berkat air tangan ibu, yang ikhlas menyediakan apa sahaja untuk anak-anak.
“Sebagai anak, saya berusaha sebaik mungkin agar pengorbanan yang dilakukan kedua-dua ibu bapa terbalas dengan kejayaan pada hari ini,” katanya ketika ditemui di SMK Abdul Rahman Talib, di sini.
Sekolah tersebut muncul sekolah terbaik Pahang apabila mencatat peningkatan pencapaian tertinggi dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.18.
Nur Nabilah berkata, dia tidak mempunyai rahsia kejayaan tetapi percaya kepada tumpuan di dalam kelas banyak membantu selain sering bertanya kepada guru sekiranya tidak memahami sesuatu topik.
Anak kedua daripada lima adik-beradik itu juga sentiasa menjadikan ibunya sebagai teman untuk mengulang kaji pelajaran.
Rohanizah berkata, dia akan cuba meluangkan masa untuk menemani anaknya mengulang kaji pelajaran pada setiap malam.
“Jika tidak dia akan merajuk. Tapi saya seronok dapat menemani dia belajar, malah ada kalanya kami akan berlumba-lumba menyelesaikan masalah Matematik.
“Bagaimana pun, saya cukup bangga dengan pencapaian dia malah diharap dapat menjadi pendorong kepada tiga adiknya,” katanya.
Nur Nabilah bercita-cita mahu melanjutkan pengajian dalam bidang Farmasi atau Kejuruteraan Mekanikal di universiti tempatan.
Selain Nur Nabilah, Jaonne Ruth Imanuel, 18, turut mendapat 9A+. Mereka adalah antara 42 pelajar cemerlang SMART yang mendapat keputusan gred A dalam semua mata pelajaran.

Selamat Maju Jaya

Tuesday, March 27, 2012

Ranking SBP Untuk Keputusan SPM 2011

Tips Skema Soalan UPSR /PMR /SPM

Selain daripada senarai kedudukan MRSM dalam keputusan SPM 2011, ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam keputusan SPM 2011 turut menjadi perhatian sebagai sekolah yang mengumpulkan pelajar cemerlang dalam PMR. Di sini, saya kongsikan dengan anda semua kedudukan SBP dalam keputusan SPM tahun ini.
Bagi yang ingin membuat perbandingan prestasi setiap SBP dalam SPM tahun ini berbanding dengan tahun lalu, boleh rujuk pada ranking SBP dalam SPM 2010. Dengan membuat perbandingan ini, dapatlah kita lihat terdapat beberapa perubahan dalam kedudukan setiap SBP.

Ranking SBP SPM 2011

  1. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (0.93)
  2. SEKOLAH TUN FATIMAH (0.939)
  3. SEKOLAH SERI PUTERI (0.98)
  4. SM SAINS REMBAU 211 (1.3288)
  5. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (1.3553)
  6. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.374)
  7. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.3793)
  8. SM SAINS ALAM SHAH (1.44)
  9. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.4508)
  10. SEKOLAH SERI PUTERI (1.4508)
  11. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.4724)
  12. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.5109)
  13. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.5287)
  14. SM SAINS SELANGOR (1.5927)
  15. SM SAINS BAGAN DATOH (1.6082)
  16. SM SULTAN ABDUL HALIM (1.6345)
  17. SM SAINS MACHANG (1.6565)
  18. SBP INTEGRASI BATU RAKIT (1.7148)
  19. SM SAINS HULU SELANGOR (1.7336)
  20. SM SAINS KUCHING (1.759)
  21. SBP INTEGRASI SELANDAR (1.7763)
  22. SM SAINS KUBANG PASU (1.792)
  23. SM SAINS TUANKU JA`AFAR (1.8128)
  24. SM SAINS LAHAD DATU (1.8227)
  25. SM SAINS KUALA TERENGGANU (1.8529)
  26. SM SAINS MIRI (1.8874)
  27. SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.9024)
  28. SM SAINS KOTA TINGGI (1.915)
  29. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.9327)
  30. SBP INTEGRASI TEMERLOH (1.9355)
  31. SM SAINS PASIR PUTEH (2)
  32. SM SAINS LABUAN (2.0397)
  33. SBP INTEGRASI KUANTAN (2.095)
  34. SM SAINS SABAH (2.137)
  35. SBP INTEGRASI GOPENG (2.1467)
  36. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (2.1994)
  37. SM SAINS POKOK SENA (2.2297)
  38. SM SAINS TELUK INTAN (2.4285)
  39. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (2.4899)
Senarai kedudukan di atas bukanlah yang memaparkan SBP secara keseluruhan. Kemaskini akan dibuat apabila kedudukan penuh telah diperolehi.

Selamat Maju Jaya

Saturday, March 24, 2012

Ranking MRSM dalam Keputusan SPM 2011

Tips Skema Soalan UPSR /PMR/ SPM

Baru sebentar tadi saya kongsikan dengan pembaca semua mengenai senarai 6 kedudukan terbaik MRSM di Malaysia dalam keputusan SPM 2011. Selepas itu, saya menerima senarai penuh kedudukan MRSM dalam keputusan SPM 2011 berserta dengan GPM setiap maktab.
Kedudukan setiap MRSM dalam senarai di bawah telah disusun mengikut nilaian Gred Purata Maktab (GPM) bagi setiap MRSM.

Ranking MRSM SPM 2011

  1. TUN GHAFAR BABA – 1.00
  2. TAIPING – 1.06
  3. PENGKALAN CHEPA – 1.13
  4. KUANTAN – 1.19
  5. LANGKAWI – 1.21
  6. PONTIAN – 1.29
  7. BALIK PULAU – 1.63
  8. TRANSKRIAN – 1.70
  9. PASIR SALAK – 1.73
  10. KUALA KUBU BARU – 1.77
  11. TAWAU – 1.78
  12. PENDANG – 1.80
  13. PDRM KULIM – 1.83
  14. SERTING – 1.85
  15. GEMENCHEH – 1.88
  16. MUADZAM – 1.90
  17. BATU PAHAT – 1.92
  18. LENGGONG – 1.92
  19. PENGKALAN HULU – 1.92
  20. KUALA TERENGGANU – 1.94
  21. MERBOK – 1.95
  22. FELDA – 1.97
  23. KOTA KINABALU – 2.00
  24. KUBANG PASU – 2.00
  25. BESERI – 2.02
  26. KUCHING – 2.03
  27. ALOR GAJAH – 2.04
  28. KEPALA BATAS – 2.06
  29. JELI – 2.07
  30. TUN GHAZALI SHAFIE – 2.10
  31. K.BERANG – 2.20
  32. KUALA KRAI – 2.23
  33. TERENDAK – 2.28
  34. BETONG – 2.29
  35. MUAR – 2.31
  36. MUKAH – 2.31
  37. MERSING – 2.32
  38. BESUT – 2.40
  39. KOTA PUTRA – 2.42
Seperti di dalam ranking MRSM dalam keputusan SPM 2010, saya ada menghitamkan nama dua buah MRSM. Kebetulan dalam senarai tahun lalu, kedua-dua MRSM tersebut berada dalam kedudukan paling atas dan terbawah. Kedua-dua MRSM tersebut adalah bekas sekolah saya pada suatu masa dahulu.
Nampaknya MRSM Transkrian telah mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan apabila berjaya menempatkan diri dalam kalangan MRSM cemerlang keputusan SPM 2011 berbanding keputusan tercorot pada tahun 2010. Tahniah! Tahun ini juga genaplah 10 tahun MRSM Transkrian.

Selamat Maju Jaya

Thursday, March 22, 2012

Analisa dan Statistik Ringkas Keputusan SPM 2011

Tips Skema Soalan UPSR/ PMR /SPM

Salam sejahtera buat semua.
Akhirnya, debaran yang dialami oleh para pelajar lepasan SPM 2011 berakhir dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 pada hari ini. Saya percaya, hampir kesemua 468,808 pelajar yang menduduki SPM 2011 telah mengetahui keputusan masing-masing.
Pengumuman keputusan SPM 2011 telah dibuat secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Menurut beliau, seramai 559 calon SPM 2011 telah memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon adalah dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan. Gred Purata Nasional (GPN) juga bertambah baik kepada 5.04 berbanding 5.19 pada tahun 2010 iaitu yang terbaik dalam tempoh lima tahun.
Seperti biasa, ada beberapa kisah yang disiarkan oleh media berkaitan keputusan SPM kali ini iaitu pelajar cemerlang yang ingin sambung pengajian di Tingkatan 6, kejayaan dua pelajar kelainan upaya dan anak peneroka Felda di Johor.
Sumber berita disunting dan dipetik daripada BERNAMA


Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya di dalam peperiksaan SPM 2011 yang baru lalu. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Peluang masih belum tertutup, teruskan berusaha.

Selamat Maju Jaya

Monday, March 19, 2012

Cara dapat A Sejarah

Tips Skema Soalan UPSR /PMR /SPM

Cara dapat A Sejarah

Tiada cara lain selain membaca. Ambil buku dan baca dari muka surat satu sehelai setiap hari. Lama-lama jadi banyaklah, jangan nak cepat habis. Kalau baca 1 helai sehari, mesti tak akan mengantuk sebab cepat habis. Lainlah baca satu bab sehari dan mengantuk sepanjang hari.

Mesti cikgu sudah beritahu Sejarah SPM ada esei. Esei itu kena buat macam karangan dan bukan “point”. Bacalah dan tulis nota dan buat latihan. Tak ada cara lain selain membaca. Memang pelajar biasanya duduk di rumah bukan buat apa pun. Ada jawatan sebagai seorang pelajar tetapi selalu ponteng baca buku. Bukannya dapat gaji pun baca buku. dapat duit poket untuk sekolah setiap hari. Pelajar tak ada anak dan keluarga nak beri nafkah, tak perlu sibuk cari duit. Setakat pelajar cari duit, berapalah sangat dapat. Lebih baik baca buku dan jadi rajin supaya nanti dapat masuk universiti dan kerja hebat-hebat serta dapat gaji tinggi-tinggi.

Memang banyak masa pelajar bazir kerana buat benda yang tak membantu dalam peperiksaan mahupun mendapat duit. Kalau benda yang pelajar buat tak dapat bantu untuk dapat A dan tak boleh dapat duit beribu-ribu, baik HENTIKAN benda itu. Baca buku lebih baik dan buat nota poket untuk dibawa ke mana-mana saja untuk dibaca.

Dipetik daripada http://www.ketam.pja.my

Selamat Maju Jaya

Thursday, March 15, 2012

SENAMAN MENGELAKKAN RASA MENGANTUK

Tips Skema Soalan UPSR / PMR /SPM

SENAMAN MENGELAKKAN RASA MENGANTUK

1. Sambil duduk di kerusi, kaki diangkat.
2. Pusing pergelangan kaki arah keluar, kemudian arah ke dalam.
3. Pegang tempat duduk kerusi dan cuba tarik (untuk menguatkan otot).
4. Berdiri, jauhkan sedikit jarak di antara kedua-dua kaki, tangan kanan diangkat hingga membengkok ke sebelah kiri, kemudian tukar tangan sebelah kiri.
5. Renggangkan kaki, bongkok menyentuh simen atau jari kaki.
6. Duduk di atas lantai, buka kedua-dua belah kaki seluas yang dapat, tundukkan badan (darah mengalir ke otak).
7. Duduk di kerusi, cuba tunduk hingga kepala lebih rendah daripada lutut.

BEBERAPA PEDOMAN MENGATASI KELETIHAN BELAJAR


1. Minum setengah gelas air bersih setiap 15 minit sekali. Jangan minum air berais atau bergas. Pengisian badan dengan air membolehkan sistem limfa teraktif dan mengeluarkan toksin, termasuk asid laktik yang menjadi penyebab utama anda terasa letih atau mengantuk.

2. Tarik nafas dalam-dalam sebanyak 10 kali : bernafas dalam kiraan 1, 2 ; tahan hingga 2 saat dan hembuskan nafas sehingga kiraan 1, 2, 3, 4. Lakukan latihan bernafas sewaktu duduk tegak ataupun berdiri. Latihan ini akan memaksa tekanan udara mengarah ke dinding peparu. Darah mendapat udara dan memindahkan oksigen ke otak anda menyebabkan anda terasa jaga.

3. Lakukan 10 kali gerakan mendepangkan dan mengecilkan dada atau berlari setempat selama 30 saat. Tambahkan denyutan nadi anda dengan menyempitkan dan melebarkan otot-otot anda.

4. Dongakkan kepala ke arah syiling sambil menarik nafas setiap sepuluh minit. Lakukan begini semasa duduk membaca atau semasa duduk mendengar guru sedang me ngajar. Anda boleh juga menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan selepas setiap 20 minit.

5. Picu kelanjar adrenal anda. Ada satu tempat pada tapak tangan anda yang apabila digosok sehingga 30 saat akan mengepam adrenalin ke dalam sistem anda. Gosok tempat ini apabila anda keletihan atau terasa pening.

Terima Kasih kepada Cikgu Hj. Yasmin

Selamat Maju Jaya

Sunday, March 11, 2012

TIPS PENTING MENJAWAB SEJARAH SPM

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

TIPS PENTING MENJAWAB SEJARAH SPM

Assalamualaikum, kepada calon dan pembaca blog yang budiman. Saya akan memberikan beberapa tips penting berkaitan kertas 1249/2. Bagaimanapun saya tidak akan menyentuh teknik belajar. Apa yang ingin saya sentuh, hanya hal berkaitan subjek 1249/2 seperti kesilapan-kesilapan umum yang kerap dilakukan oleh calon.

Langkah pertama, setelah membuka kertas soalan, calon perlu mengenal pasti soalan yang boleh dijawab dengan mendapat markah maksimum. Soalan nombor 1 hingga soalan nombor 4 wajib dijawab. Jadi, calon mempunyai hak untuk membuat pilihan bagi soalan nombor 5 hingga nombor 9.
Kebiasaannya soalan nombor 5 dan soalan nombor 6 diambil daripada pelajaran Tingkatan 4. Manakala soalan nombor 7 hingga soalan nombor 9 diambil daripada pelajaran Tingkatan 5.

Bermakna jika, calon membaca semua bab-bab dalam Tingkatan 5 clon sudah boleh mendapat markah yang baik dalam kertas Sejarah. Tetapi, langkah berkenaan adalah suatu tindakan yang kurang bijak. Hal ini, kerana kadang kala sewaktu berada dalam dewan peperiksaan, calon tidak dapat mengingati apa-apa sahaja yang telah dibaca. Lantaran itu, langkah yang lebih tepat adalah calon juga hendaklah mengulang kaji pelajaran Tingkatan 4.
Langkah kedua, calon perlu memilih soalan yang diyakini mampu dijawab dengan baik. Oleh kerana, soalan Sejarah mempunyai tiga ceraian, calon perlu memastikan mereka mampu menguasai ketiga-tiga ceraian tersebut. Sehubungan itu, calon perlu mengambil kira kemampuan diri untuk menjawab soalan ceraian (c) yang kebiasaannya bercorak Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK).
Setelah langkah ini dibuat, baharulah calon boleh melagang-lagangkan rangka jawapan dalam kertas kotor.
Sekian untuk kali ini. Terima kasih.

Terima Kasih kepada Cikgu Hj Yasmin

Selamat Maju Jaya

Wednesday, March 7, 2012

Memanfaatkan Masa

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

Memanfaatkan Masa

- tip ini ditujukan untuk pelajar-pelajar dalam mengatur jadual belajar secara efektif -
Perancangan Masa adalah dengan membuat dan melakukan jadual belajar agar dapat mengatur cara belajar dalam konteks pembahagian waktu dengan aktiviti, keluarga, dan lain-lain.


Dengan mengetahui bagaimana anda menghabiskan waktu dapat membantu untuk:
Membuat inventori "pekerjaan". Tulislah hal-hal yang harus anda kerjakan, kemudian putuskan apa yang dikerjakan sekarang, apa yang dikerjakan nanti, apa yang dikerjakan orang lain, dan apa yang boleh ditangguhkan dahulu penkerjaannya.
Membuat jadual harian/mingguan. Catat temu janji, kelas dan pertemuan pada buku secara kronologi. Selalu mengetahui jadual selama sehari, dan selalu pergi tidur dengan mengetahui anda sudah siap untuk menyambut besok.
Rancang jadual yang lebih panjang. Gunakan jadual bulanan sehingga anda boleh merancang kegiatan anda terlebih dulu. Jadual ini juga boleh mengingatkan anda untuk membuat waktu lapang anda dengan lebih tersusun.
Rancang Jadual Belajar Secara Efektif:
  • Beri waktu yang cukup untuk tidur, makan dan kegiatan hiburan.
  • Prioritikan tugas-tugas.
  • Luangkan waktu untuk diskusi atau mengulangkaji bahan sebelum kelas.
  • Atur waktu untuk mengulang langsung bahan pelajaran setelah kelas. Ingatlah bahwa kemungkinan terbesar untuk lupa terjadi dalam waktu 24 jam tanpa mengulangkaji.
  • Jadualkan waktu 50 minit untuk setiap sesi belajar.
  • Pilih tempat yang nyaman (tidak mengganggu konsentrasi) untuk belajar.
  • Rencanakan juga "deadline".
  • Jadualkan waktu belajar anda sebanyak mungkin pada pagi/siang hari.
  • Jadualkan review bahan pelajaran mingguan.
  • Hati-hati, ikuti jadual anda sendiri dengan penuh disiplin!

Selamat Maju Jaya

Saturday, March 3, 2012

Kumpulan Kata-kata Hikmat Albert Einstein

Tips Skema Soalan UPSR/ PMR /SPM

Kumpulan Kata-kata Hikmat Albert Einstein

Berikut ini adalah kumpulan kata-kata hikmat yang pernah di kemukakan oleh manusia jenius Albert Einstein.
  1. Hakikatku adalah yang aku fikirkan, bukan apa yang aku rasakan
  2. Selagi ada cinta tidak perlu ada lagi pertanyaan
  3. Aku Berfikir terus menerus berbulan-bulan dan bertahun tahun, sembilan puluh sembilan kali dan kesimpulannya salah. Untuk yang keseratus aku benar.
  4. Kalau mereka ingin menemuiku, aku ada disini. Kalau mereka ingin bertemu dengan pakaianku, bukalah almariku dan tunjukkan pada mereka. (Ketika isterinya memintanya bersalin pakaian untuk menemui Duta Besar Jerman)
  5. Kebanyakan orang mengatakan bahwa kecerdasanlah yang melahirkan seorang ilmuwan besar. Mereka salah, karakterlah yang melahirkannya.
  6. Tanda kecerdasan sejati bukanlah pengetahuan tapi imaginasi.
  7. Imaginasi lebih berharga daripada ilmu pengetahuan. Logik akan membawa Anda dari A ke B. Imaginasi akan membawa Anda kemana-mana.
  8. Tidak ada eksperimen yang boleh membuktikan aku benar, namun sebaliknya sebuah eksperimen saja boleh membuktikan aku salah.
  9. Orang-orang seperti kita, yang percaya pada fizikal, mengetahui bahwa perbezaan antara masa lalu, masa kini, dan masa depan hanyalah sebuah ilusi yang terus menerus ada.
  10. Dunia ini adalah sebuah tempat yang berbahaya untuk didiami, bukan karena orang-orangnya jahat, tapi karena orang-orangnya tak perduli.
  11. Mencari kebenaran lebih bernilai dibandingkan menguasainya.
  12. Hidup itu seperti naik basikal. Agar tetap seimbang, kau harus terus bergerak.
  13. Sudah saatnya cita-cita kejayaan diganti dengan cita-cita pengabdian.
  14. Lebih mudah mengubah plutonium daripada mengubah sifat jahat manusia.
  15. Belajarlah dari masa lalu, hiduplah untuk masa depan. Yang terpenting adalah tidak berhenti bertanya.
  16. Generasi-generasi yang akan datang akan kehilangan keyakinan bahwa manusia akan berjalan di muka bumi dengan darah dan daging.
  17. Nilai manusia terletak pada apa yang boleh dia terima.-
  18. Kalau nilai 9 itu kejayaan dalam kehidupan, maka nilai 9 sama dengan x ditambah y ditambah z. Bekerja adalah x, y adalah bermain, dan z adalah untuk berdiam diri.
  19. Orang berjiwa besar akan selalu menghadapi perlawanan hebat dari orang-orang kecil.
  20. Barangsiapa yang tidak pernah melakukan kesalahan, maka dia tidak pernah mencoba sesuatu yang baru
  21. Kecerdasan tidak banyak berperanan dalam proses penemuan. Ada suatu lompatan dalam kesadaran, sebutlah itu intuisi atau apapun namanya, penyelesaiannya muncul begitu saja dan kita tidak tahu bagaimana atau mengapa.
  22. Kebahagiaan dalam melihat dan memahami merupakan anugerah terindah alam.
  23. Hanya ada dua cara menjalani kehidupan kita. Pertama adalah seolah tidak ada keajaiban. Kedua adalah seolah segala sesuatu adalah keajaiban.
  24. Usaha pencarian kebenaran dan keindahan merupakan kegiatan yang memberi peluang bagi kita untuk menjadi kanak-kanak sepanjang hayat.
  25. Hanya seseorang yang mengabdikan dirinya untuk suatu alasan dengan seluruh kekuatan dan jiwanya yang bisa menjadi seorang guru sejati. Dengan alasan ini penguasaan menuntut semuanya dari seseorang.
  26. Kalau kau tidak bisa menjelaskannya dengan sederhana, maka kau belum cukup memahaminya.
  27. Di tengah-tengah kesulitan ada kesempatan.
  28. Kita tidak bisa memecahkan masalah kita dengan pemikiran yang sama pada saat kita menciptakannya.
  29. Ini sungguh mengejutkan bahwa teknologi telah melebihi kemanusiaan kita.
  30. Rahsia dari kreativiti adalah mengetahui cara menyembunyikan sumber kreativiti kita itu.

Selamat Maju Jaya

__._,_.___