Editor Blog Tips Skema UPSR/PMR/SPM ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan
kepada pengunjung-pengunjung yang beragama Islam. Semoga amalan anda ketika menjalani ibadah
puasa ini diterima Allah. InsyaAllah. Bagi adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR / PMR /
SPM tahun ini, teruskan usaha gigih anda dan jangan lupa banyakkan berdoa ke hadrat Allah kerana doa
orang yang berpuasa InsyaAllah akan dimakbulkan Allah.
Selamat Maju Jaya
Sunday, July 31, 2011
Friday, July 29, 2011
Karangan Contoh Gred A SPM
Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Dipetik daripada http://karanganspm.com
[Ayat Rangsangan]Dewasa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. [Ayat Huraian 1]IKS ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. [Ayat Huraian 2]Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. [Ayat Huraian 3]IKS menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing-masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap. [Ayat Arahan]Demi merancakkan IKS, kerajaan telah mengatur beberapa banyak langkah yang konstruktif dan pragmatik.
[Ayat Judul]Salah satu langkah perdana yang diambil oleh kerajaan ialah penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif kepada para pengusaha IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 1]Bantuan ini dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, perternakan, pemprosesan makanan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 1]Antara geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS termasuklah skim kewangan, skim geran penyelidikan dan pembangunan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 2]Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui institusi kewangan kerajaan, seperti Bank Pertanian dan Bank Simpanan Nasional, bank komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB, serta syarikat kewangan. [Pengembangan:Ayat Huraian 2 ]Melalui Skim Khas Bank Negara, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan. [Ayat Penyimpul]Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, IKS nescaya dapat berkembang maju.
Dipetik daripada http://karanganspm.com
Tajuk / Tema Karangan: Industri Kecil dan Sederhana
Fokus karangan: Langkah-langkah merancakkannya
[Ayat Judul]Salah satu langkah perdana yang diambil oleh kerajaan ialah penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif kepada para pengusaha IKS. [Pengembangan:Ayat Huraian 1]Bantuan ini dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, perternakan, pemprosesan makanan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 1]Antara geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS termasuklah skim kewangan, skim geran penyelidikan dan pembangunan, dan sebagainya. [Pengembangan:Ayat Contoh 2]Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui institusi kewangan kerajaan, seperti Bank Pertanian dan Bank Simpanan Nasional, bank komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB, serta syarikat kewangan. [Pengembangan:Ayat Huraian 2 ]Melalui Skim Khas Bank Negara, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan. [Ayat Penyimpul]Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, IKS nescaya dapat berkembang maju.
Sunday, July 24, 2011
Kata-Kata Hikmat IV
1) Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
2) Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
3)Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.
4) Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu.
5) Apabila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,biarkanlah, maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu kerana ia merupakan pintu bagi kemajuan dan kebahagiaan.
6) Bertangguh itu pencuri masa (peribahasa Arab)
7) Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.
8) Masa dihargai, janji ditepati.(pepatah Melayu).
9) Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)
10) Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. (Surah Al 'Asr)
11) Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah realiti. Esok adalah peluang.
Selamat Maju Jaya
Wednesday, July 20, 2011
Halangan Menanam Cita-Cita Dalam Diri
Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Dipetik daripada laman http://notamengajarbelajar.blogspot.com
1. Tiada dorongan- Ibu bapa tidak menunjukkan sikap bersungguh-sungguh dalam bidang pendidikan seperti tidak member galakan dalam pelajaran pelajar. Tidak ambil kisah tentang prestasi pelajaran anak-anak.
2. Tiada sokongan- Ibu bapa atau orang sekeliling pelajar tidak memberi sokongan terhadap kemampuan atau pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Mungkin ada pelajar yang bercita-cita untuk Berjaya dalam pelajaran, tetapi ibu bapa mereka tidak campur tangan atau tidak ambil kisah.
3. Tidak yakin pada diri sendiri- Terdapat sebilangan pelajar yang ragu-ragu terhadap kemampuan dirinya sendiri. Keyakinan dalam dirinya semakin teruk jika dia mendapat keputusan yang teruk dalam ujian atau peperiksaan.
4. Kecewa- Wujud sebilangan pelajar yang bercita-cita tinggi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang diimpikan tersebut. Namun, mungkin ada penghalang yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan atau sebagainya menyebabkan dia berasa kecewa dan tidak mahu meneruskan usaha untuk menggapai cita-citanya.
5. Sengaja- Ada juga yang sengaja tidak mahu menanam cita-cita mungkin kerana terpengaruh dengan cerita-cerita daripada filem, rakan-rakan sekelinga atau sebagainya.
6. Tidak kisah- Memang ada segelintir pelajar yang tidak ambil kisah tentang pelajaran dan tidak bercita-cita untuk Berjaya dalam hidup. Mungkin pengaruh dari dalam atau luar rumah menjadi factor kepada sikap yang sebegini.
7. Tiada pendedahan tentang kepentingan pelajaran untuk kehidupan- Anak-anak masih kurang matang dan kurang akal mereka. Kebanyakkan mereka tidak pandai menilai kepentingan pelajaran dalam kehidupan. Mereka lebih berminat dengan keseronokkan dan dapat menilai sesuatu kepentingan jika hasil yang diperolehi dalam tempoh yang singkat. Contohnya, mereka sukan kepada gula-gula kerana rasanya manis dan sedap, tetapi mereka tidak dapat berfikir kesan buruk kepada kesihatan jika makan terlalu banyak.

Saturday, July 16, 2011
Kemahiran Belajar Dalam Kumpulan
Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Dipetik daripada laman http://gcgeografismkkn.blogspot.com/
FAEDAH BELAJAR DALAM KUMPULAN
Dipetik daripada laman http://gcgeografismkkn.blogspot.com/
FAEDAH BELAJAR DALAM KUMPULAN
1. Mudah faham
2. Seronok dan tidak bosan
3. Perkongsian bijak
4. Persaingan sihat
5 Aktif dan kreatif
6 Jimat masa dan tenaga
7. Saya bagus anda pun bagus
Tuesday, July 12, 2011
KEMAHIRAN MENGINGAT
Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Dipetik daripada laman http://gcgeografismkkn.blogspot.com/
PENGENALAN
Dipetik daripada laman http://gcgeografismkkn.blogspot.com/
PENGENALAN
Ingatan merupakan satu proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari & kemudian mengeluarkannya kembaIi sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan - jawab peperiksaan
PUNCA-PUNCA GAGAL MENGINGAT
vPelajar tidak mempunyai nota yang sistematik dan kurang menarik
vTidak memberi perhatian kepada pengajaran guru
vTidak minat mata pelajaran tertentu walaupun ianya penting
vTidak mempunyai persediaan mental — ada gangguan yang menyebabkan beralih tumpuan
Friday, July 8, 2011
PANDUAN MENCATAT NOTA
Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Dipetik daripada laman http://gcgeografismkkn.blogspot.com/
Pengenalan
Dipetik daripada laman http://gcgeografismkkn.blogspot.com/
Pengenalan
Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.
Mengapa perlu Membuat nota ?
1. Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
4. Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
5. Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
6. Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.
Monday, July 4, 2011
TIPS BELAJAR GEOGRAFI
Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Dipetik daripada bolg http://www.sabah.net.my/juipri/tips.html
Anda berminat belajar Geografi? Sudah tentu kerana belajar geografi membolehkan kita melancong ke seluruh dunia. Seronok tak?
Kenapa ramai pelajar geografi kata geografi itu susah? Bagaimana dengan pelajar-pelajar yang lain?
Di sini cikgu nak bagi sedikit tips untuk berjaya dalam mempelajari geografi.

- Tanamkan minat terlebih dahulu dengan pelajar geografi.
- Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.
- Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru.
- Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah.
- Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda.
- Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain-lain.
- Banyakkan buat latih tubi.Cikgu galakan gunakanlah buku yang menyediakan soalan mengikut bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai pelajar,guru dan pemeriksa.
- Soalan yang melibatkan essei,pastikan buat latihan dan setkan masanya.Serah pada guru untuk dinilai.
- Banyakan latihan-latihan mengenai peta kerana mudah dapat markah.
- Akhir sekali, jangan lupa berdoa dengan Tuhan agar diberikan kita kejayaan.
Friday, July 1, 2011
Modul Sejarah PMR
Tips Skema Soalan UPSR /PMR /SPM
Diambil daripada http://cikgusejarah.blogspot.com/2008/05/subjek-sejarah-pmr-dan-spm.html
Terima Kasih buat Cikgu Zamri Talib
Modul Subjek Sejarah PMR
Selamat Maju Jaya
Diambil daripada http://cikgusejarah.blogspot.com/2008/05/subjek-sejarah-pmr-dan-spm.html
Terima Kasih buat Cikgu Zamri Talib
Modul Subjek Sejarah PMR
Selamat Maju Jaya