Tuesday, January 31, 2012

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'E'

Tips Skema Soalan UPSR / PMR /SPM

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'E'
1. Ekor Belangkas
Maksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.
Contoh Ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan.

2. Ekor Lipas
Maksud: Rambut pada lubang tengkuk.
Contoh Ayat: Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.

3. Ekor Mata
Maksud: Sudut mata.
Contoh Ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.

4. Ekor Pulau
Maksud: Hujung pulau.
Contoh Ayat: Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur.

5. Elok Budi
Maksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.
Contoh Ayat: Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh.

6. Emas Putih
Maksud: Campuran emas berwarna putih.
Contoh Ayat: Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beribu-ribu ringgit.

7. Emas Tempawan
Maksud: Orang yang dikasihi.
Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.

8. Embun Betina
Maksud: Titis embun yang kecil-kecil.
Contoh Ayat: Embun betina yang turun mendinginkan lagi suasana malam itu.

9. Embun Jantan
Maksud: Titis embun yang besar-besar.

Friday, January 27, 2012

Maklumat Mengenai Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

Sebarang pertanyaan berkenaan peperiksaan tersebut boleh menghubungi nombor di bawah:

PEPERIKSAAN                                                              TALIAN

UPSR                                                                               03- 8884 3382

PMR                                                                                03- 8884 3394

SPM                                                                                03- 8884 3330

STPM dan MUET                                                          03- 6136 9663

STAM                                                                             03- 8884 3340


Selamat Maju Jaya

Saturday, January 7, 2012

Kata Hikmat VII

Tips Skema Soalan UPSR /PMR /SPM
  • Salvador Dalí

    “”Kecerdasan tanpa ambisi bagaikan seekor burung tak bersayap”. Salvador Dalí (1904–1989), pelukis Spanyol”

  • A A Milne

    “”Jika Anda hidup seratus tahun, saya ingin hidup seratus tahun dikurangi satu hari. Dengan begitu, saya tak pernah hidup tanpa Anda.” A A Milne (1882-1956), humoris Inggris, pencipta karakter Winnie-The-Pooh”

  • H Jacson Brown

    “”Cinta adalah ketika kebahagiaan orang lain lebih penting daripada kebahagiaan diri sendiri.” H Jacson Brown, Jr, pengarang buku Life s Little Instruction”

  • Jesse Jackson

    “”Jika pikiran saya bisa membayangkannya, hati saya bisa meyakininya, saya tahu saya akan mampu menggapainya.” Jesse Jackson, politikus dan pemimpin masyarakat sipil Amerika Serikat”

  • Plato

    “”Orang baik tidak memerlukan hukum untuk memerintahkan mereka agar bertindak penuh tanggung jawab, sementara orang jahat akan selalu menemukan celah di sekitar hukum.” Plato (428 SM—348 SM), filsuf Yunani Kuno”

  • Niccolo Machiavelli

    “”Wirausahawan adalah mereka yang memahami tipisnya perbedaan antara peluang dan hambatan serta mampu mengelolanya menjadi keuntungan.” Niccolo Machiavelli (1469-1527), negarawan Italia, penulis The Prince.”

  • Copernicus

    “”Tahu bahwa kita tahu apa yang kita ketahui dan tahu bahwa kita tidak tahu apa yang tidak kita ketahui, itulah pengetahuan sejati.” Copernicus (1473–1543), pakar astronomi Polandia

    • Boris Yeltsin

      “”Anda mampu membuat singgasana dari bayonet, tapi Anda tidak akan mampu mendudukinya terlalu lama.” Boris Yeltsin, presiden Rusia (1991-1999)”

    • Clement Attlee

      “”Demokrasi berarti pemerintahan dengan perdebatan. Sistem ini bisa efektif jika Anda mampu menghentikan orang-orang berbicara.” Clement Attlee (1803–1857), Perdana Menteri Inggris”

    • Thich Nhat Hanh

      “”Kita mempunyai lebih banyak peluang yang tersedia di setiap momen daripada yang kita sadari.” Thich Nhat Hanh, pendeta, aktivis, sekaligus penulis asal Vietnam (1926)”

    • Robert Kiyosaki

      “”Seberapa besar kesuksesan Anda bisa diukur dari seberapa kuat keinginan Anda, setinggi apa mimpi-mimpi Anda, dan bagaimana Anda memperlakukan kekecewaan dalam hidup Anda.” Robert Kiyosaki, motivator asal Amerika Serikat”

    • Hary Tanoesoedibjo

      “”Hadapi masa lalu tanpa penyesalan. Hadapi hari ini dengan tegar dan percaya diri. Siapkan masa depan dengan rencana yang matang dan tanpa rasa khawatir.” Hary Tanoesoedibjo, Group President & CEO Mediacom/MNC”

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

1) Tips Skema UPSR/ PMR/ SPM ingin mengucapkan

Selamat Kembali Ke Sekolah kepada adik-adik yang bersekolah bagi sesi 2012.

2) Gunalah peluang sesi persekolahan yang baru pada tahun ini untuk meningkatkan lagi usaha anda.

3) Bagi adik-adik yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM, gunakanlah peluang ini untuk berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang.

4) Jangan dilupakan banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya adik diberikan ketenangan, kemudahan dan ketetapan hati ketika belajar.


Selamat Maju Jaya

Sunday, January 1, 2012

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'D'

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'D'

1. Dabik Dada = Mendabik Dada
Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.
Contoh Ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

2. Dagang Piatu
Maksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.
Contoh Ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.

3. Daki Dunia
Maksud: Harta dunia.
Contoh Ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.

4. Dakwat Tumpah
Maksud: Rambut yang hitam lebat.
Contoh Ayat: Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang.

5. Dalam Kekeringan
Maksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.
Contoh Ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak.

6. Dalam Tangan
Maksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.

7. Dapat Hati
Maksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas.
Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian.

8. Dapat Khabar = Mendapat Khabar
Maksud: Menerima berita.
Contoh Ayat: Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom.

9. Dapat Malu = Mendapat Malu
Maksud: Menanggung malu.
Contoh Ayat: Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah.

10. Dapat Nama = Mendapat Nama
Maksud: Menjadi terkenal.
Contoh Ayat: Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen.