Tuesday, August 30, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan maaf zahir batin

kepada semua pengunjung web ini. Semoga kita semua beroleh rahmat daripada Allah s.w.t.
InsyaAllah.
Raya-raya juga, UPSR seminggu lepas habis cuti Raya. Pastikan adik-adik semua sentiasa fokus.

Thursday, August 25, 2011

Kata-Kata Hikmat V

Tips Skema Soalan UPSR / PMR /SPM

Kata-Kata Hikmat Berkaitan Akal

1) Apabila sempurna akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).

2) Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama).
 
3) Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).

4) Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).

5) Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).
 
6) Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).
 
7) Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).

8) Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).

9) Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).

10) Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).

11) Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).

12) Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).

Selamat Maju Jaya. 

Sunday, August 14, 2011

Panduan Menulis Karangan

Tips Skema Soalan UPSR / PMR /SPM
Dipetik daripada web http://www.bmspm.net/

ASSALAMUALAIKUM
MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA
DATIN MARIAM BINTI MEHADSM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN PAHANG

KEMAHIRAN MENULIS ( KM )

 Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca.
 Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

OBJEKTIF KM TINGKATAN 4

 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)

OBJEKTIF KM TINGKATAN 5
 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas. Ceraian (viii)

JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF
 Syarahan
 Ceramah/Ucapan
 Perbahasan
 Rencana
 Laporan
 Wawancara/Dialog
 Perbincangan
 Surat
 Surat Tidak Rasmi
 Berita
 Penerangan Fakta
 Komentar
 Minit Mesyuarat
 Ulasan/Kritikan

JENIS KARANGAN KREATIF
 Cerpen
 Skrip Drama
 Sketsa
 Cerita berdasarkan peribahasa

BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )
EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN
1.Bahasa yang gramatis
 Tatabahasa Dewan
 Daftar Ejaan Rumi
 Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat
 Variasi bahasa
 Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan
3.Pertautan idea
 Perhubungan yang erat ( kohesi )
 Kejelekitan
 Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut
( koheren )

Wednesday, August 10, 2011

PETUA GRED A+ BAHASA MELAYU SPM (HOW TO SCORE FULL MARK?)

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Dipetik daripada web  http://cikguazharrodzi.blogspot.com/

Begitulah bunyi soalan yang kerap diterima oleh guru Bahasa Melayu yang mengendalikan kelas peperiksaan, khususnya tingkatan 5. Soalan datangnya daripada murid, ibu bapa dan para guru. Kebiasaannya, panitia bahasa akan diminta untuk merangka strategi menghasilkan seberapa banyak calon A+ berdasarkan kiraan kepala (head count), unjuran pencapaian (expected target result, ETR), dan pencapaian dalam ujian, serta peperiksaan peringkat dalaman sekolah (actual target result, ATR).

Bagi sekolah-sekolah harian biasa, mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi penentu peratus pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Maka, kumpulan berisiko pencapaian rendah akan dimasukkan dalam kategori harapan lulus (halus), potensi lulus (polus), atau gagal hampir lulus (galus). Seorang guru cemerlang bahasa secara berjenaka memberitahu bahawa sepatutnya ada program yang dinamakan garuk (gagal teruk).

Sekolah-sekolah kawalan dan pilihan seperti sekolah berprestasi tinggi (sbt), sekolah kluster kecemerlangan, sekolah asrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah yayasan negeri (Yayasan Islam Kelantan, Imtiaz Terengganu, Izzuddin Shah, Ipoh), sekolah elit swasta (seperti Kolej Yayasan Saad, Sekolah Rantau Petronas, Seri Cempaka) dan sekolah-sekolah teknik akademik akan mempunyai sasaran yang lebih tinggi. Sasaran kelompok sekolah berkenaan ialah 100 peratus A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM. Namun, kebiasaannya ada juga beberapa orang calon yang hanya memperoleh gred A, A- atau sekadar B+.

Selain kerja keras panitia bahasa di sekolah, calon-calon peperiksaan awam kini juga mempunyai akses kepada laman sesawang bahasa, bahkan Astro, penyiar televisyen berbayar, kini telah menawarkan saluran khas untuk calon peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Sama ada saranan-saranan laman sesawang dan Astro benar-benar membantu calon peperiksaan SPM memerlukan suatu analisis kritikal oleh pakar. Sebabnya mudah sahaja, iaitu peraturan pemarkahan sebenar tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA), dan sesiapa juga yang terbabit dalam pembinaan item, pentaksir dan pegawai boleh dikenakan hukuman penjara dan denda jika bertindak membocorkan maklumat terperingkat itu.

Pilihan yang ada kepada guru ialah sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan buku teks. Selain itu, garis panduan umum tentang keperluan peperiksaan memang disebarkan kepada awam, termasuk laporan prestasi calon. Guru-guru bahasa akan menerima pendedahan teragih daripada peringkat kebangsaan, negeri, daerah, zon dan sekolah.

Berdasarkan perbincangan rasmi dan tidak rasmi, perbezaan antara calon A+ dengan gred-gred yang lain ialah dari segi kepekaan terhadap tugasan soalan. Calon A+ sentiasa peka tentang ambilan isi jawapan dan keperluan huraian bagi setiap soalan atau pecahan soalan. Mereka awal-awal lagi menentukan aras soalan, sama ada aras petikan, aras kbkk, atau aras komsas, serta soalan respons terbuka atau respons tertutup untuk karangan..

Setelah aras soalan ditentukan, calon A+ akan memastikan tumpuan (fokus) tugasan soalan. Mereka akan hanya menjuruskan penulisan jawapan kepada kehendak berkenaan, tanpa menulis perkara-perkara lain. Pendek kata, calon A+ dapat mentakrifkan liputan jawapan yang dikehendaki, dan dalam masa yang sama peka terhadap batasan atau had yang ditentukan...
Selamat Maju Jaya

Saturday, August 6, 2011

Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPMDipetik daripada web  http://www.rasdian.edu.my

1. Never Study A Single English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.

2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!

3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.

4. Slow, Deep Learning Is Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.

5. Use Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.

6. Only Use Real English Lessons & Materials
How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.

7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.
Semoga bermanfaat dan Selamat Maju Jaya

Tuesday, August 2, 2011

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Dipetik daripada  http://karanganspm.com

Para pelajar yang dikasihi,
Sediakanlah payung sebelum hujan! Dengan erti kata lain, jika para pelajar mengidamkan A+ untuk BMSPM, maka persiapan yang awal untuk menempuh peperiksaan mesti dimulakan dari sekarang juga lantaran “masa itu emas”.
Berdasarkan pengalaman saya, calon-calon SPM bukan sahaja jahil tentang teknik mengarang karangan yang mantap bahkan membuang masa semasa mengarang. Hal ini demikian kerana anda tidak didedahkan dengan teknik-teknik mengarang yang efektif.
Maka, saya berprakarsa untuk membantu anda mempersiapkan diri dalam menghadapi KERTAS 1 BMSPM 2010. Saya akan mendedahkan kaedah menulis karangan secara efektif dan kreatif selaras dengan keperluan skema pemarkahan BMSPM.
Seperkara lagi, janganlah menjadi hamba kepada hawa nafsu kerana “ikut hati mati, ikut rasa binasa”!. Para pemeriksa tidak menghargai karangan yang menggunakan bahasa yang berbunga-bunga mahupun kosa kata yang ‘bombastik’. Amalkanlah kesederhanaan!
GRED CEMERLANG (26 – 30 markah)
  • Isi karangan menepati tema bahan rangsangan;
  • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat;
  • Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat;
  • Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru;
  • Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.
  • Wacananya lengkap;
  • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik; dan
  • Idea yang relevan dengan tema bahan rangsangan dann dihuraikan dengan jelas dan matang.
CONTOH SOALAN