Thursday, April 28, 2011

Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang


Orang cemerlang sentiasa mencari ‘emas’ dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri. Berikut ialah tips yang telah dipetik dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Tatacara makan dan minum
  • Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ insyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
  • Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.

Monday, April 25, 2011

Menangani Sikap Suka Bertangguh

Tips Skema Soalan UPSR / PMR /SPM


Suka bertangguh, tabiat menangguhkan atau menunda suatu kerja atau tugasan sehingga saat-saat akhir, boleh menjadi satu masalah besar dalam kerjaya dan hidup anda. Kesan sampingan sikap ini adalah anda mungkin terlepas sesuatu atau banyak peluang, waktu kerja jadi tidak menentu, tekanan atau stres, rasa kecewa dan bersalah. Tulisan ini akan meneliti punca-punca sikap suka bertangguh dan memberi anda beberapa kaedah praktikal untuk mengatasinya.

Pola perlakuan sikap suka bertangguh boleh tercetus dalam banyak cara, jadi anda tidak akan selalu bertangguh kerana sebab-sebab yang sama. Adakalanya anda bertangguh kerana anda terlalu banyak tugasan yang perlu dilaksanakan, dan penangguhan memberi anda ruang untuk melarikan diri. Adakalanya pula anda bertangguh kerana rasa penat dan malas, dan anda sudah tidak boleh lakukan kerja lagi.

Jadi mari kita lihat pelbagai sebab sikap bertangguh dan cuba mencari jalan yang bijaksana untuk bertindak balas ke atasnya.
1. Stres atau Tekanan

Apabila anda rasa stres, tertekan, runsing, atau risau, adalah memang sukar untuk bekerja dengan produktif. Dalam situasi-situasi tertentu, bertangguh menjadi satu mekanisma untuk mengekalkan tahap stres atau tekanan anda berada dalam kawalan. Penyelesaian yang bijaksana adalah dengan mengurangkan tekanan dalam hidup anda apabila mungkin, agar anda boleh memberi masa bekerja kerana anda mahu, bukan kerana anda terpaksa. Satu daripada cara yang paling mudah untuk mengurangkan stres ialah dengan mengambil lebih sedikit masa untuk bermain.

Thursday, April 21, 2011

Tiga Tip Atasi Rasa Takut dan Fobia Pada Kegagalan

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

Tiga Tip Atasi Rasa Takut dan Fobia Pada Kegagalan

Sememangnya memerlukan satu keberanian dan kemahuan yang tinggi untuk meningkatkan diri anda atau memulakan satu perniagaan milik anda. Ianya satu kerja yang sukar dan terdapat ruang yang cukup luas bagi kekecewaan dan kegagalan. Apatah lagi sekiranya anda sebelum ini pernah menempuh kegagalan. Tentu anda ada rasa takut dan fobia untuk cuba lagi bukan?

Selain dari perkataan ‘gila’, perkataan huruf ‘g’ ini agak kasar dan kurang sedap didengar berbanding dengan perkataan ‘g’ yang lain. Apakah igauan kita terhadap kegagalan? Ramai orang melihat kegagalan sebagai satu kesilapan yang sangat besar. Ianya bukan begitu. Apabila saya memulakan laman ini, saya merasakan yang saya tiada apa yang hendak dirugikan dan punya segala untuk diperoleh. Apa yang terjadi jika saya mulakan satu projek dan ianya gagal lalu saya berhenti? Cuba teka? Saya telah memulakan banyak projek dan projek-projek tersebut banyak yang gagal (aduh). Ah! Pedulikannya. Anda berlari ke arah pintu gol, meredah pertahanan, namun adakalanya anda tidak dapat menjaringkan sebarang gol. Namun setiap percubaan anda mendekatkan diri anda kepada jaringan gol.

Monday, April 18, 2011

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

Friday, April 15, 2011

Tips Pelajar Cemerlang

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM

Tips Pelajar Cemerlang

KOTA BHARU 11 Mac 2010 – ”Terima kasih, terima kasih cikgu,” ujar Nur Syuhadah Muhamad, pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) di sini yang muncul sebagai salah seorang pelajar cemerlang peringkat kebangsaan pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.
Nur Syuhadah yang ditemui di sekolahnya hari ini menyatakan rasa syukur di atas kejayaan yang dicapainya itu dan menyifatkan komitmen guru dalam menyampaikan kepakaran masing-masing begitu banyak membantunya.
”Hal ini membolehkan saya membuat persiapan dengan yakin bagi menduduki peperiksaan tersebut. Saya banyak memberi tumpuan semasa di dalam kelas,” ujarnya.
Anak kepada pasangan pesara guru dan pesara jururawat itu memperoleh keputusan 10 A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Sejarah, Pendidikan Islam dan English for Sience and Technology (EST).
Dia yakin, kemahiran hafaz ayat-ayat al-Quran semasa di sekolah rendah yang diamalkan secara berterusan memudahkannya memahami dan mengingati apa yang diajar oleh guru.
Nur Syuhadah mendapat tawaran ke SMSTMFP semasa di tingkatan empat dan peluang ke sekolah ternama itu tidak disia-siakan dengan tumpuan penuh terhadap pelajaran justeru katanya, tumpuan berkenaan membolehkannya menyertai pelbagai pertandingan akademik peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
”Antaranya, Olympiad Kimia Kebangsaan, ASEAN and Eropah Classroom (Matematik) dan National Science Challenge yang membolehkan saya mendapat sijil dan merit,” katanya.
Penyertaan dalam pertandingan itu juga katanya, memberinya perangsang berkesan dalam membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut.
Pelajar itu pernah menerima anugerah dari Sultan Kelantan semasa muncul pelajar cemerlang peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007.

Monday, April 11, 2011

Pelajar Hidap Ketumbuhan Otak Dapat 10A Dalam SPM

Tips Skema Soalan UPSR / PMR /SPM
Dipetik daripada Berita Harian 23/03/2011

Pelajar Hidap Ketumbuhan Otak Dapat 10A Dalam SPM

KUALA LUMPUR: Bagi sesetengah orang, masa depan bertukar kelam apabila kehilangan pancaindera yang digunakan untuk menempuh kehidupan seharian.

Namun berbeza dengan Tang Kah Hung, 20, hidup tanpa dapat melihat tidak langsung dijadikan penghalang bagi mencatat keputusan cemerlang 6A+, 3A dan 1A- dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Kejayaan itu lebih manis apabila beliau muncul pelajar pertama Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak yang memperoleh keputusan semua A dalam SPM, sejak ia ditubuhkan pada 1974.
Kisah hidup pelajar itu sebenarnya menyentuh perasaan, namun perwatakannya yang ramah dan sentiasa optimis amat mengagumkan semua yang melihatnya.

Friday, April 8, 2011

SPM 2009: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A

TIPS SKEMA SOALAN UPSR / PMR / SPM

Dipetik daripada akhbar Harakah

SPM 2009: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A


Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+. Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A). Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi. Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini. Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan. Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Tuesday, April 5, 2011

Habibah Hanan Pelajar Terbaik SPM Peringkat Kebangsaan 2009

TIPS SKEMA SOALAN UPSR / PMR / SPM

Dipetik Daripada Harian Metro

Habibah Hanan Pelajar Terbaik SPM Peringkat Kebangsaan 2009


KOTA BHARU: “Saya jadikan Nik Nur Madihah sebagai idola untuk berjaya dan hasilnya terbukti sebaik mendapat keputusan cemerlang 15A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam,” kata Habibah Hanan Mat Yusoff, 18.

Habibah Hanan menjadi pelajar terbaik di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) apabila memperoleh keputusan cemerlang 15A termasuk 10A+ dalam peperiksaan diumumkan, semalam.

Kejayaan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang memperoleh 20A dalam SPM 2008 tahun lalu dijadikan idola serta pembakar semangat kepada pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP).

“Walaupun tidak sehebat pencapaian Nik Nur Madihah yang memperoleh 20A, tetapi saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan terbaik bagi diri saya dalam SPM 2009.

“Usaha gigih saya selama ini membuahkan hasil kerana dinobatkan sebagai pelajar cemerlang seperti kejayaan dikecapi Nur Madihah tahun lalu,” katanya, semalam.

Friday, April 1, 2011

Ranking Keputusan SPM SBP

TIPS SKEMA SOALAN UPSR / PMR/ SPM

Ada sekolah yang naik, ada yang turun, macam pasaran saham.

Pesanan buat pelajar-pelajar SPM 2011 sekolah-sekolah terlibat:-

1)Buat pelajar-pelajar SMS Muar, SMS Johor dan TKC, ayuh bangkit kembalikan kegemilangan sekolahmu.
2) Buat pelajar-pelajar SMS Seremban, SBPI Gombak, KIK dan SMS Alam Shah, tugas berat menanti anda untuk mengekalkan kecemerlangan.
3) Buat pelajar STF, SMS Seri Puteri dan SMS Kuala Terengganu, jangan sampai tergelincir buat kali ke dua.
4) Buat pelajar-pelajar SBPI Rawang, apa kata anda semua buat kejutan tahun ni. Go for ranking no 1 or 2.
5) Buat pelajar-pelajar sekolah yang dah 'establish' macam MCKK, STAR , SDAR, SMSAH, STJ dan lain-lain tu, kembalikan aura anda. Ramai old boys kecewa dengan keputusan anda semua.
6) Buat pelajar-pelajar  SMS PASIR PUTEH, SMS LAHAD DATU, SMS T S S SHAHABUDIN, dan lain-lain tu, cubalah sekali-sekala buat kejutan sikit. Gegarkan sikit ranking 1-10 tu.

Ranking SPM Sekolah Berasrama Penuh (2007-2010)


Sekolah                                                                       2007 2008 2009 Komen

1. SM SAINS TUANKU MUNAWIR (0.8931)           1       1       1   Hebat

2. SBP INTEGRASI GOMBAK (1.1425)                    4        6       3  Hebat

3. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (1.1450)  2       2        2  Masih hebat