Thursday, September 29, 2011

English Essay PMR (safety tips when going to school)

Tips Skema Soalan UPSR /PMR /SPM

Every year, hundreds of children are injured and sometimes killed in an accidents. this is because, they are neglecting the rules and regulation of roads safety. however, there are many ways to prevent from the increasing of road accidents that effectuate students.

For those who walks to school alone, needs to be companied by the elderly. Besides, they can also walk in pairs or groups if that makes them feel more safe. Don't ever use short cuts especially through a dark and quiet place such as the back alleys. This place is dangerous for girls to pass through it.

Next, you have to be aware with your surroundings. Watch out for any suspicious person. When you smell anything fishy, immediately inform it to the security guard or straight forward to the principal.This action, sometimes can scare them away from you.

Dicipline is very important. When you are well diciplined, you will never break any rules for every place that you'll go. For an example, students who attends to school by bus. Always queue up before ascending the bus. Patience is needed,because this will prevent them from pushing other bus users whether they are boarding or alighting the bus.Thus, for them who attends to school by public or private transport are also the same.Its just that when you're waiting for your transport to fetch you up, never play on the road or joke with your friend while crossing the road. This may cause an unexpected accidents that occurs you or life of anothers.

In a nut shell, students must follow the tips mentioned.Actions speak louder than words. Therefore, you must ensure that you are always alert whenever you are to and from school so, that you will stay safe. Like all people said "safety comes first".

Source : http://pmr.im

Selamat Maju Jaya

Sunday, September 25, 2011

Karangan PMR (Punca dan langkah mengatasi masalah disiplin pelajar)

Tips Skema Soalan UPSR / PMR /SPM

Punca dan langkah mengatasi masalah disiplin pelajar
Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.
(Ubah suai karangan ini agar sesuai dengan SPM)

............Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

............Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

............Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

............Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

............Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

............Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

............Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.
 
Dipetik daripada web  http://bmpmrspm.blogspot.com
 
Selamat Maju Jaya

Wednesday, September 21, 2011

Tips Membina Keyakinan Diri Untuk Belajar

Tips Skema Soalan UPSR / PMR /SPM

Pelajar adalah golongan paling ramai yang bermasalah dalam membina rasa yakin diri.

Ramai dari kalangan pelajar merasa kurang yakin, ragu-ragu dengan kebolehan mereka kerana mereka berada dalam peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman belia seterusnya ke zaman dewasa.

Rasa kurang yakin diri pada seorang pelajar biasanya timbul dalam bentuk:

a. rasa kekecilan.
b. rasa tidak setanding dengan kawan-kawan.
c. rasa terpukul sebab tak dapat apa yang kawan-kawan dia dapat.
d. malu berdepan ramai orang, malu bercakap di depan beberapa orang.
e. takut-takut untuk bercakap, meluahkan pendapat atau menyerlahkan bakat.
f. kurang puas hati dengan fizikal – misalnya kurang tinggi berbanding kawan-kawan, kulit kurang cerah berbanding kengkawan lain, muka kurang hensem atau kurang cantik, pencapaian dalam pelajaran kurang cemerlang.
g. kurang berduit berbanding kawan-kawan.

Jika Anda seorang pelajar dan Anda kurang ada keyakinan diri,

Berikut adalah 3 tips untuk membina rasa yakin diri:

1. Kenali diri Anda, jadilah diri sendiri.

Anda tahu siapa Anda, Anda sedar mana asal Anda, terimalah diri Anda seadanya. Kalo dah ditakdirkan Anda bertubuh pendek, berkaki pendek, kurus dan bercermin mata, terimalah Tuhan dah jadikan Anda camtu.

Jika Anda ada kekurangan dari segi fizikal, pasti Anda ada kelebihan dari segi mental. Gitulah sebaliknya.

Tuhan tak akan berikan kita kekurangan melainkan dia berikan kita kekuatan. Jadi, kita kena cari kekuatan tu. Bila Anda dah jumpa, gilap dan perbaiki dari semasa ke semasa.

Lama kelamaan, penambahbaikan tu akan membuat kita menemui keyakinan yang kita tak jumpa kat tempat lain.

2. Terima teguran, gurauan dan cercaan kawan-kawan.

Jangan respon pada kata-kata negatif, teguran negatif, gurauan sarkastik atau cercaan negatif yang ditujukan pada Anda. Diamkan diri saja, jangan balas, jangan fikir. Biarkan berlalu.

Lama-lama semua tu akan pergi sendiri, menghilang begitu saja. Rasa yakin diri akan jadi bertambah jatuh apabila Anda respon pada setiap kata-kata negatif. Jatidiri Anda akan menghilang apabila Anda selalu memikiran kata-kata negatif tu.

Emosi akan tercabar hingga membuat Anda hilang pertimbangan, lantas membuat Anda kurang selesa dengan diri Anda. Bila sudah kurang selesa dengan diri sendiri, keyakian mula luntur satu persatu.

3. Bijak memilih kawan.

Remaja suka berkawan. Tapi, kena pandai pilih kawan.

Jangan sampai gara-gara mau diterima kawan, diri sendiri terkorban. Sikap kawan boleh mempengaruhi Anda.

Banyakkan berkawan dengan rakan-rakan aktif, positif, bersikap baik, berkata yang baik-baik, yang cemerlang dan berperangai baik sebab biasanya kengkawan yang camni ada keyakinan diri. Keyakinan mereka yang Anda nampak tu akan mempengaruhi Anda.
Dari pergaulan dengan kawan yang baik-baik, Anda boleh belajar cemana untuk perbaiki diri sendiri. Kesannya lama kelamaan rasa yakin diri tu mula timbul, menambah dan terus menambah.

3 tips ni hanya tips yang asas namun amat baik untuk dipraktikkan pada peringkat permulaan Anda mahu berubah menjadi remaja berkeyakinan diri.

sumber : http://www.imotivasi.com

Selamat Maju Jaya

Friday, September 16, 2011

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B'

Tips Skema Soalan UPSR PMR SPM

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B'
1. Babi Buta = Membabi Buta
Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.
Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.

2. Bahasa Ibunda
Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar
Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.

4. Bahasa Pasar
Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.
Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.

5. Baik Budi
Maksud: Baik hati.
Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.

6. Baik Hati
Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.

7. Baik Sangka
Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.
Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.

8. Balas Budi = Membalas Budi
Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.
Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.

9. Balas Guna
Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.

10. Balik Gagang = Berbalik Gagang
Maksud: Berpihak kepada musuh.
Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.

11. Balik Hati = Berbalik Hati
Maksud: Berubah pendirian.
Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya.

12. Bangkai Bernyawa
Maksud: Orang yang tidak berguna.
Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

1) Tips Skema UPSR/ PMR/ SPM ingin mengucapkan

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada adik-adik Tahun 6, 2011.

2) Segala hasil usaha adik-adik yang tidak mengenal penat lelah akan diterjemahkan ketika peperiksaan ini.

3) Sekiranya adik-adik semua telah berusaha sedaya upaya, InsyaAllah kejayaan akan menyusul.

4) Apa yang perlu dilakukan sekarang cuma banyakkan berdoa kepada Allah supaya adik diberikan ketenangan dan ketetapan hati ketika menjawab soalan.

5) Selain itu, sebelum menduduki peperiksaan, adik-adik perlu meminta ampun dan maaf kepada guru-guru di sekolah anda dan juga kedua ibubapa anda untuk memperolehi restu dan keberkatan.

Selamat Maju Jaya

Monday, September 12, 2011

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'

Tips Skema Soalan UPSR PMR SPM

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'

1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

Thursday, September 8, 2011

Tips UPSR - Bahasa Melayu Penulisan

Tips Skema Soalan UPSR / PMR / SPM
(Buat Adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR)

Tips UPSR - Bahasa Melayu Penulisan