Monday, May 31, 2010

7 Cara Cemerlangkan Otak

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




Untuk cemerlang di dalam peperiksaan penting seperti UPSR,PMR mahupun SPM, selain daripada persediaan yang rapi, pelajar juga perlu melatih otak agar sentiasa cemerlang dan sekaligus dapat meningkatkan keupayaan daya ingatan. Di dalam tips hari ini, saya ingin berkongsi cara-cara bagaimana kita dapat Mebggunakan otak dan seterusnya dapat meningkatkan daya ingatan kita. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita amnya dan para pelajar khasnya.

7 Cara Cemerlangkan Otak

1. Positive mental attitude & positive physical action.

2. Air-clean air for the brain.
3. Mental Challenges for the brain.
4. Food for the brain.
5. Exercise for the brain.
6. Sleep for the brain.
7. Meditation & power brain./

Thursday, May 27, 2010

Motivasi Belajar – 6 Tips Hilangkan Rasa Gemuruh Ketika Peperiksaan (Buat pelajar UPSR, PMR, SPM)

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




Setiap orang yang menghadapi peperiksaan khasnya peperiksaan yang penting seperti UPSR, PMR mahupun SPM pastinya berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Itu semua sebenarnya emosi negatif. Kita kena tukarkannya menjadi emosi positif, emosi tenang. Kita kena hilangkan rasa gemuruh. Rasa gemuruh tersebut biasanya datang walaupun kita sudah bersedia dengan dengan persediaan yang rapi. Bak kata orang, persediaan kita sangat rapi hingga setiap jawapan kita ibarat skema jawapan.
Bagaimana caranya? Berikut adalah 6 cara atau tips untuk membuat Anda tenang sebelum exam bermula. Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM yang akan datang

1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.

Wednesday, May 26, 2010

Tips Skema UPSR hari ini : BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.

Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik.


BAHAGIAN TATABAHASA
Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa.

Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami makna atau maksudnya terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan.

Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa.


A. Faham
Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut. Baca Seterusnya...

Monday, May 24, 2010

Tips Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




Dalam artikel kali ini, saya akan mendedahkan rahsia pengurusan masa oleh pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM. Semoga ianya bermanfaat untuk adik-adik semua untuk dijadikan panduan.

1. Masa sebelum tidur, masa berbaring sebelum tidur.
Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam.
Gunakan teknik No 1.
3. Masa bangun tidur. Subuh/Pagi
Bayangkan pelajaran semalam

Friday, May 21, 2010

Tips Belajar Secara Berkumpulan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



(Tips khas buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM)

Tidak dapat dinafikan apa saja aktiviti jika dilakukan secara berkumpulan atau jemaah akan membuahkan hasil yang lebih baik. Hinggakan solat jika dilakukan secara berjemaah akan mendapat ganjaran 27 kali lebih daripada solat yang dilakukan sendirian. Begitu juga dengan cara kita belajar untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR ataupun SPM. Jika dilakukan secara berkumpulan dengan cara yang betul, ia sedikit sebanyak mampu membuahkan hasil yang memberangsangkan. Di dalam artikel kali ini, saya akan menerangkan serba sedikit kaedah- kaedah dan faedah-faedah belajar secara berkumpulan.

Thursday, May 20, 2010

Kata-Kata Hikmat

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



(Khas buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM)


Pada ketika anda semua sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR mahupun SPM, adalah baik kiranya dapat kita renungkan sejenak kata-kata hikmat ataupun tips-tips yang keluar daripada mulut manusia-manusia terbilang di zaman mereka masing-masing. Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier

Wednesday, May 19, 2010

Tips Kepentingan Mengulangkaji

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Ketika para pelajar sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan yang penting seperti UPSR, PMR mahupun SPM, sama ada suka atau tidak, mereka harus tekun dan berterusan melakukan ulangkaji terhadap setiap subjek yang diambil. Tidak dapat dinafikan, ulangkaji yang berterusan mampu membuahkan hasil yang diharapkan ketika kita menjawab soalan peperiksaan. Pada artikel kali ini penulis ingin berkongsi tips - tips berkenaan faedah-faedah yang boleh didapati melalui ulangkaji. Semoga adik-adik semua mendapat manfaat daripada artikel ini dan sekaligus mampu menaikkan semangat adik-adik untuk mengulangkaji pelajaran. Antara faedah yang boleh diperolehi ialah:

1) Dapat memperkukuhkan daya ingatan
2) Dapat menambahkan kefahaman konsep
3) Dapat menghubungkaitkan fakta sesuatu tajuk dengan tajuk yang lain
4) Dapat menambah dan melengkapkan fakta melalui rujukan
5) Dapat meningkatkan prestasi pencapaian proses pembelajaran
6) Dapat meningkatkan minat terhadap pembelajaran
7) Dapat mententeramkan jiwa

Tuesday, May 18, 2010

Petua tangani stress apabila marah

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM



Ketika bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang besar seperti UPSR, PMR mahupun SPM, kita hendaklah sentiasa fokus. Walau bagaimanapun, ada ketikanya fokus boleh hilang kerana keadaan yang tertentu. Antaranya keadaan marah. Tips hari ini akan membicarakan tentang bagaimana hendak menangani stess ketika marah.
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat tertekan. Ia dialami semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Apabila keterlaluan, berpanjangan dan tidak mampu mengawalnya akan membawa kepada kemarahan.

Perkara harus dilakukan apabila marah:

Thursday, May 13, 2010

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM




Untuk berjaya di dalam peperiksaan yang besar seperti UPSR /PMR / SPM, sudah semestinya faktor penjagaan kesihatan badan perlu dititikberatkan. Sekiranya badan tak sihat, bagaimana kita hendak belajar dan seterusnya bagaimana kita mampu untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Cuba lihat tips-tips amalan pemakanan sihat di bawah.

Wednesday, May 12, 2010

Cara Hendak Dapat A Dalam Peperiksaan UPSR/PMR/SPM

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM





BELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajar dengan hanya tertumpu pada buku sahaja kadangkala mungkin juga membosankan. Di antara tips untuk mengambil peperiksaan besar seperti UPSR/PMR/SPM adalah digalakkan murid harus mempelbagaikan bahan, kaedah dan gaya belajar agar ianya menjadi aktiviti harian yang mampu dijalankan tanpa terasa sebagai bebanan.

Bahan - terdapat pelbagai bahan belajar yang boleh digunakan termasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik, lakaran peta minda, bahan audio, video, animasi serta bahan dari internet. Bahan seumpama ini boleh diperoleh daripada pusat sumber sekolah atau negeri, kedai buku, kedai video dan sebagainya. Bahan yang
mempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarik perhatian kita serta mampu mengekal dan menambahkan daya ingatan terhadap fakta-fakta yang dipelajari.

Monday, May 10, 2010

Cara Belajar Sains Yang Betul

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM





Di Malaysia khususnya tidak kira peperiksaan besar seperti UPSR, PMR mahupun SPM , ramai murid merasakan subjek Sains adalah susah. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik & mudah dipelajari sekiranya dilakukan dgn cara yg betul. Berikut adalah beberapa tips, skema dan cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.


a) Buat ulangkaji selalu.
• jgn biarkan topik2 bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tdk menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji.

Friday, May 7, 2010

PETUA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM


PETUA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR


Berikut adalah tips-tips yang boleh dipraktikkan ketika hendak menghadiri peperiksaan, tidak kira UPSR, PMR, SPM atau apa-apa jua jenis peperiksaan yang hendak diambil. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda

1) Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.


2) Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

3) Tenang dan percayakan diri anda.

Thursday, May 6, 2010

Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab Soalan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM


Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab Soalan


Ketika menjawab soalan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, kita tidak terlepas dari  melakukan kesilapan sama ada disedari atau tidak. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips berguna buat renungan calon-calon yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya.
Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua.

• Over Confident


• Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan

• Tulisan yang tidak kemas

• Tergesa-gesa

Wednesday, May 5, 2010

Tips menjawab Soalan Objektif @ Aneka pilihan

TIPS SKEMA SOALAN UPSR/PMR/SPM

Tips menjawab Soalan Objektif @ Aneka pilihan

Biasanya di dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR SPM dan sebagainya, ada dua jenis soalan yang dikemukakan dalam bentuk subjektif atau objektif. Bagi soalan yang berbentuk subjektif,  selain daripada persediaan yang mencukupi, kemahiran mengetahui skema jawapan adalah suatu perkara yang amat penting bagi memastikan kita tidak kehilangan markah mudah. Tetapi kali ini penulis ingin berkongsi pula tips-tips cara menjawab soalan objektif @ aneka pilihan. Semoga ianya bermanfaat untuk dijadikan renungan.

Cara Menjawab Soalan Objektif

1. Tunggu sehingga soalan diberikan.
2. Jangan buka soalan sehingga dibenarkan untuk berbuat demikian.
3. Dengar dengan teliti arahan ketua pengawas.

Apabila masa menjawab telah bermula

1. Baca kalimah Basmallah.
2. Buka buku soalan. Baca soalan dengan teliti
3. Tandakan kata kunci bagi soalan tersbut
4. Buat pengiraan (jika berkaitan), rujuk petikan (jika berkaitan),
5. Buat pilihan jawapan yang paling tepat
6. Hitamkan jawapan yang telah dipilih di kertas jawapan (JOB) dengan sempurna